Title Bar

Friday, 27 April 2012

Doa Pembuka Kata


A001

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama dan guru-guru serta sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya.


Disini ana postkan salah satu doa dari ayat Al-Quran yang sering diucapkan sebelum memulakan pengucapan/syarahan dalam sebarang majlis. Ana teringat untuk postkan doa ini sebagai response terhadap tazkirah yang ana sampaikan kepada sahabat-sahabat di tanah haram Makkah Al-Mukarromah semasa musim haji 2011M (1432H). Ada antara sahabat yang tidak tahu mengenai doa ini, oleh itu ana terangkan serba ringkas mengenainya dan sumber rujukannya.










Kesimpulan

Khafiat mengamalkan doa ini dalam majlis adalah:
1) Mulakan dengan basmalah dan puji Allah
2) Berselawat keatas Rasullullah s.a.w. dan ahlinya
3) Bacalah doa pembuka kata ini tanpa "Ko'la" iaitu dengan terus membaca "Robbish roh'li"
4) Ditambah dengan doa lain ataupun boleh terus membuat pengucapan yang dikehendaki.
Diharap dengan doa ini Allah mudahkan pengucapan kita dan para pendengar dapat memahami apa yang cuba kita sampaikan.




Abul Sufi, 


A023

Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Akuberlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya". (Yusuf 12:23)

No comments:

Post a Comment