Sebagai suatu cabang pengajian akidah, kebolehan mengesan kesilapan dalam akidah seorang islam hendaklah di asah dan dikaji. Dalam tugasan yang ana postkan kali ini adalah kemahiran mengesan ideologi yang salah menyusup masuk kedalam negara bermula dari cara kemasukan, kesannya dan dalang yang berada dibelakang ideologi tersebut. Tugasan ini ana sediakan untuk ustaz ana iaitu: DR. MOHAMAD KAMIL BIN HJ ABDUL MAJID. Dalam tugasan ini ana telah cuba menyingkap ideologi pemikiran liberal di Malaysia. Berikut adalah petikan dari tugasan ana:-
ABSTRAK
Dalam buku
“Civil Democratic Islam: Partners, Resources, and Strategies” (Cheryl Benard,
2003, m.s. 61-64) dinyatakan bahawa untuk menghadapi umat Islam maka mereka
perlu memecah-belahkan umat Islam dengan memberikan sokongan kepada golongan
“Islam Fundamentalis dan Liberal”, yang bakal melahirkan Islam radikal sehingga
mengakibatkan timbulnya pertentangan dalam umat Islam. Dengan perpecahan ini,
gambaran umat Islam yang masih mengikuti manhaj ahli sunnah waljamaah dengan
umat pertengahan (tidak pro fundamentalis atau liberal) tidak dapat dibezakan
lagi.
Semoga laporan
ringkas ini dapat membangkitkan kesedaran kita terhadap cabaran akidah pada
zaman ini. Kita berdoa agar Allah sentiasa memberikan petunjuk dan kekuatan untuk
kita menghadapi serangan pemikiran Islam yang sesat dan kebenaran agama Islam
akan tetap terpelihara selama-lamanya.
– PENGENALAN
1.1
– Sejarah Islam Liberal
Gerakan
liberalisme bermula apabila berkembangnya pengaruh falsafah liberalisme di
negara barat. Gerakanan ini sedikit demi sedikit mulai menyerap masuk kedalam
pelbagai bidang kehidupan seperti liberalisme ekonomi, liberalisme budaya,
liberalisme politik, dan liberalisme agama. Asal gerakan Liberalisme di barat adalah
bertujuan menentang kekuasaan gereja, menghadkan kekuasaan politik, mempertahankan
pemilikan individu serta menetapkan hak asasi manusia. Gerakan liberalisme yang
telah masuk ke dalam bidang agama seperti gerakan reformasi Inggeris bertujuan
untuk menghapuskan ketuanan dan kekuasaan golongan agama (papal jurisdiction)
dan menghapuskan cukai terhadap gereja (clerical taxation). Oleh sebab itu gerakan
liberalisme sangat berkait rapat dengan penentangan terhadap agama dan sistem
pemerintahan yang dilakukan oleh golongan agama (gereja) atau raja-raja yang
memerintah atas nama Tuhan.
Selain daripada itu
terdapat banyak pertubuhan dan institusi seperti Sister in Islam (Malaysia) 5 dan Jaringan Islam Liberal (JIL – Indonesia) 6 yang mendokong idealogi ini . Golongan ini tidak
menunjukkan diri mereka sebagai orang yang menolak agama, tetapi sebaliknya
berselindung dibalik gagasan untuk mengkaji dan mentafsir semula al-Quran serta
menilai semula syariat atau hukum fikah. Mereka menolak segala tafsiran yang
dianggap lama serta ketinggalan zaman yang telah menjadi ijmak ulama, termasuk tafsiran
daripada Rasulullah dan para sahabat. Pada pandangan mereka agama hendaklah
disesuaikan kepada realiti semasa walaupun terpaksa menolak hukum-hakam dan
peraturan agama yang telah sabit dengan nas-nas syarak secara putus (qat’ie).
Jika terdapat hukum yang tidak menepati zaman, kemodenan, hak-hak manusia dan
tamadun global, maka hukum itu hendaklah ditakwilkan semula atau seboleh-bolehnya
digugurkan
Antara ciri-ciri
pemikiran Islam Liberal adalah:
- Rasionalisme dan Sekularisme.
- Penolakan terhadap syariah.
- Pluralisme Agama.
- Penolakan terhadap autoriti keagamaan.
- Kebebasan mentafsirkan teks-teks agama Islam.
- Tiada dakwaan
kebenaran (faham relativisme).
- Mempromosikan
nilai-nilai Barat.
- Pembebasan Wanita.
- Mendukung demokrasi
liberal sepenuhnya.
1.1
– Gerakan Islam Liberal
Di Malaysia, gerakan liberalisme berselindung
disebalik individu-individu yang memperjuangkan demokrasi, fahaman persamaan
semua agama dan fahaman persamaan hak antara wanita dan lelaki (feminisme). Usaha
ini dilakukan melalui tulisan-tulisan dalam akhbar atau penerbitan buku-buku
yang menyokong fahaman Islam Liberal.
Sister In Islam sebagai contoh adalah
kumpulan yang kuat memperjuangkan persamaan hak antara wanita dan lelaki. Dalam
laman webnya dinyatakan “Sisters In Islam (SIS) is a group of Muslim women committed
to promoting the rights of women within the framework of Islam. Our efforts to
promote the rights of Muslim women are based on the principles of equality,
justice and freedom enjoined by the Qur’an as made evident during our study of
the holy text”. 8
1.1
- Liberalisasi Akidah Dan Penubuhan Interfaith
Commision (IFC)
Liberalisasi akidah dilakukan dengan
menyebarkan faham Pluralisme agama, iaitu fahaman yang meyakini bahawa semua
agama adalah sama-sama benar dan merupakan jalan untuk menuju kepada Tuhan yang
satu. Di Malaysia Gerakan Liberalisme dalam persamaan agama-agama dicadangkan
dengan penubuhan Interfaith Commision (IFC) atau nama asalnya Inter Religious
Council (IRC) iaitu Majlis Suruhanjaya Antara Agama-Agama. Badan ini bertindak
seperti sebuah mahkamah dimana segala keputusannya keatas agama-agama yang
terbabit adalah muktamad. IRC juga dilihat berfungsi seperti SUHAKAM yang
menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama. Jika diteliti, penubuhan
IRC ini sebenarnya telah ditaja oleh Malaysian Consultative Council of Budhism,
Christianity, Hinduism, and Sikhs (MCCBCHS) atau Majlis Perundingan Malaysia
Agama Buddha, Kristian,Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis
Peguam bertarikh 21 Ogos 2001.
Kandungan memorandum tersebut adalah: 9
- Orang Islam hendaklah
diberi hak murtad tanpa permohonan ke mahkamah syariah. Ini adalah hak yang diberi
Artikel 11 perlembagaan. Sebrang kes pertukaran agama orang Islam kepada
bukan Islam tidak sepatutnya di kendalikan oleh mahkamah sivil.
- Seorang anak yang dilahirkan oleh
ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
- Orang-orang bukan Islam yang telah
memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada
agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan
undang-undang.
- Tidak perlu dicatat dalam kad pengenalan
seseorang muslim bahawa ia beragama Islam.
- Orang bukan Islam tidak perlu menganut Islam
sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam dibenarkan
keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang
bukan Islam tanpa dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
- Seseorang atau pasangan suami isteri yang
menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan
anak.
- Orang-orang bukan Islam yang mempunyai
hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberi
hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
- Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang
mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan
Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang sama untuk masjid.
Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan
Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.
- Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan
tidak boleh dihalang daripada mengunakan perkataan-perkataan suci Islam
dalam percakapan dan sebagainya.
- Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa
Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara
terbuka.
- Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut
agama itu hendaklah diajar disemua sekolah.
- Program-program berunsur Islam dalam bahasa
ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama selain
Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda
masing-masing.
- Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak
sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang
sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
- Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai
pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup
aurat kepada pelajar sekolah.
– KESIMPULAN
Melalui
penjelasan-penjelasan yang diterangkan dalam laporan ini, dapatlah dibuat
beberapa kesimpulan:
- Pemikiran Islam Liberal adalah pemikiran yang amat berbahaya bagi akidah umat Islam serta menyalahi prinsip-prinsip Islam.
- Bidaah yang dibawa melalui pemikiran Islam Liberal adalah merupakan bentuk bidaah yang besar dalam agama yang dapat menjejaskan akidah umat Islam hari ini dan generasi akan datang. Bidaah bukan hanya berlaku dalam amalan, tetapi juga dalam akidah dan pemikiran. Malah bidaah dalam akidah dan pemikiran lebih berbahaya daripada bidaah dalam amalan kerana ia boleh merosakkan iman dan mengeluarkan seseorang daripada keyakinan agamanya. Jika pada zaman dahulu pelopor kepada bidaah akidah dan pemikiran ialah golongan Muktazilah, Jabariyah, Murji’ah dan sebagainya, maka pada zaman hari ini bidaah pemikiran dipelopori oleh golongan Islam liberal yang membawa masuk belbagai ideology asing dalam masyarakat muslim seperti pemikiran dan ideologi sekular, rasionalisme, demokrasi, pluralisme, hermeneutika, dan sebagainya yang bertentangan dengan akidah Islam.
- Umat Islam harus selalu waspada terhadap segala bentuk pemikiran yang akan merosak keyakinan. Tidak kira sama ada pemikiran tersebut mempunyai nama-nama yang telah berganti seperti Islam Moden, Islam Liberal, Islam Rasional, Islam Post-Moden dan sebagainya. Jalan Islam hanya satu, iaitu Islam yang sesuai dengan nas-nas kitab suci al-Quran, dan sesuai dengan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW dalam hadis-hadis yang mutawatir, di samping yang telah dijelaskan dan ditempuh oleh ulama-ulama mujtahid ahli sunah waljamaah.
- Agama Islam mengakui perbezaan agama yang lain, tetapi tidak mengakui kebenaran agama yang lain, sebab agama yang benar hanyalah agama Islam sedangkan agama lain adalah agama yang bathil. Oleh sebab itu pluralisme agama adalah bertentangan dengan akidah Islam. Demikian juga dalam bidang syariah, Islam mengakui ada hal-hal yang bersifat keyakinan dan hukum yang bersifat tetap tidak berubah, iaitu hukum-hukum yang telah ditetapkan dengan dalil-dalil dan nas yang qat’ie, berdasarkan nas al-Quran dan Hadis. Walaupun di sana terdapat hukum ijtihad yang dapat berubah tetapi tetap di bawah panduan nas-nas al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas. Oleh sebab Islam menolak kebebasan berfikir dalam hukum-hukum syariah, apalagi sampai merubah sesuatu yang sudah tetap dan “muhkamat” dari al-Quran dan Hadis.
- Bagi Islam Islam liberal semua ayat menjadi ayat yang boleh ditakwilkan sesuai dengan akal fikiran mereka, padahal Allah sudah menyatakan bahawa tidak semua ayat itu dapat ditakwilkan, tetapi sebahagian ada yang tetap dan pasti, dan jika ada yang dapat ditakwilkan, maka pentakwilan tersebut tidak dapat dilakukan oleh semua orang tetapi mereka yang sudah memiliki ilmu pengetahuan dengan mendalam terhadap hukum-hukum dan prinsip-prinsip pengambilan hukum berdasarkan nas al-Quran dan nas hadis–hadis Rasulullah. Jika pemikiran terhadap Islam hanya menggunakan dasar rasional dan akal semata-mata, ia merupakan jalan menuju kesesatan.
Abul Sufi,
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasaddengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. (A-li'Imraan 3:19)
No comments:
Post a Comment