Title Bar

Monday, 9 April 2012

Ikhtibar Sejarah Rasullullah


A001

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama dan guru-guru serta sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya.

Seperti yang telah ana janjikan pada 23/03/2012, berikut ana postkan hasil tugasan yang ana telah siapkan dalam salah satu kursus yang ana ikuti. Kursus ini adalah kesinambungan dalam menguasai teras ilmu hadith iaitu dengan mempelajari mengenali sumber kedua rujukan agama Islam yang mulia iaitu sumber Al-Hadith itu sendiri melalui diri Rasullullah s.a.w. Tugasan ini ana sediakan untuk ustaz ana iaituDR. MOHD ROSLAN BIN MOHD NOR. Dalam tugasan ini ana telah memberikan ulasan dan sinopsis sebuah kitab sirah nabawi yang ana telah miliki pada tahun 2005. Berikut adalah petikan dari tugasan ana:-



1.1    – Pengenalan Kepada Penulis Buku

 Syaikh Shafiyur Rahman Al-Mubarakfury merupakan seorang ulama dari India.1 Wafat pada 1 December 2006 selepas solat Jumaat di Kota Mubarakfur India. Beliau juga merupakan salah seorang ulama dari Jami’ah As-Salafiyah di Kota Benares, India. Beliau telah banyak meninggalkan karya dalam dunia Islam, di antaranya karya beliau dalam bahasa Arab adalah:
  • Ar-Rahiqul Makhtum, Sirah Nabawiyah yang menjadi Juara dalam Pertandingan Penulisan Sirah Nabawi yang diselenggarakan oleh Rabithah Alam Al-Islami. Kitab ini telah diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa.
  • Raudhah Al-Anwar fi Sirah An-Nabiy Al-Mukhtar Shallallahu ‘alaihi wasallam, Sirah Nabawiyah yang lebih ringkas daripada yang pertama.
  • Syarh Bulughil Maram karya Ibnu Hajar Al-Asqalani. Beliau mensyarahkannya dengan syarahan yang ringkas.

Adapun karya beliau yang telah diterjemahkan dalam bahasa Inggris oleh Darussalam Publisher (tanpa ada keterangan judul aslinya dalam bahasa Arab) adalah:
  • When the moon splite
  • The History of Makkah Mukarramah
  • The History of Madinah Munawwarah



– Senarai Kandungan Buku.

Senarai kandungan yang terdapat dalam buku ini adalah: 4
  • Kedudukan dan penduduk jazirah arab.
  • Pemerintahan dan kepimpinan.
  • Agama –agama bangsa arab.
  • Masyarakat arab jahiliyah.
  • Nasab Nabi s.a.w. dan keluarganya.
  • Kelahiran dan empat puluh tahun sebelum kenabian.
  • Pengangkatan kenabian dan penyampaian dakwah.
  • Perintah berdakwah.
  • Fasa- fasa dakwah.
  • Fasa Pertama: Jihad dakwah.
  • Fasa Kedua: Berdakwah terang – terangan.
  • Pemulauan umum dan Utusan terakhir Quraisy kepada Abu Talib.
  • Tahun dukacita dan Penyebab kesabaran dan ketegaran.
  • Fasa Ketiga: Dakwah diluar Makkah.
  • Menawarkan islam kepada kabilah dan individu.
  • Isra’ dan mi’raj
  • Bai’ah aqabah pertama dan Bai’ah aqabah kedua.
  • Darun nadwah parlimen quraisy.
  • Kehidupan di Madinah.
  • Fasa Pertama: Keadaan Madinah ketika hijrah.
  • Membina masyarakat baru dan Perjanjian dengan kaum yahudi.
  • Perjuangan berdarah dan Perang Badar kubra.
  • Operasi ketenteraan antara Badar dan Uhud.
  • Perang Uhud.
  • Ekspedisi – ekspedisi antara Uhud dan Ahzab.
  • Perang Ahzab dan Perang Bani Quraizah.
  • Operasi ketenteraan paska Perang Ahzab.
  • Perang Bani Musythaliq atau Muraisi’.
  • Ekspedisi – ekspedisi setelah Perang Muraisi’.
  • Peristiwa Hudaibiyyah.
  • Fasa Kedua: Era baru.
  • Surat kepada para raja dan amir.
  • Aktiviti ketenteraan setelah perjanjian Hudaibiyah.
  • Perang Kahibar dan Wadil Qura.
  • Ekspedisi dan peperangan pada tahun 7 hijrah.
  • Umrah qadha’
  • Perang Mu’tah.
  • Pembebasan Makkah.
  • Fasa Ketiga: Perang Hunain.
  • Ekspedisi selepas pembebasan Makkah.
  • Perang Tabuk.
  • Abu Bakar mengetuai ibadat haji.
  • Sekilas tentang peperangan.
  • Berduyun – duyun menganut islam.
  • Kejayaan dan kesan dakwah islam.
  • Haji wada’.
  • Kembali ke haribaan ilahi.
  • Rumahtangga Rasulullah s.a.w.
  • Sifat dan akhlak Rasulullah s.a.w.

 – Kesimpulan Kandungan Buku.

Dalam buku ini, penulis mencuba memperkenalkan Nabi Muhammad s.a.w. secara teratur dan terperinci mulai dari peringkat awal buku menceritakan mengenai faktor goegrafi, agama dan kedudukan kabilah quraisyh dalam masyarakat Arab. Di pertengahan buku ini pula menceritakan mengenai saat kelahiran hingga zaman awal kehidupan baginda Rasulullah s.a.w. Ini diikuti dengan zaman penyebaran dakwah hingga zaman kegemilangan Islam dan pembukaan Kota Makkah. Akhirnya dicatatkan dalam buku ini saat-saat kewafatan baginda, mengenai keluarga baginda dan penutupnya mengenai sifat dan akhlak baginda Rasulullah s.a.w. Dengan jumlah empat puluh sembilan bab dan tujuh ratus lima puluh mukasurat, penulis telah berjaya mengupas dan mencatatkan sirah baginda rasullulah s.a.w. secara amat terperinci sehingga melayakkan kitab asal ini (Ar-Rahiqul Makhtum) mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Penulisan Sirah Nabawi dianjurkan oleh Rabitah Alam Al-Islami.

Lima bab pertama didalam buku ini banyak menceritakan suasana, kedudukan, ciri kepimpinan serta pemerintahan, fahaman atau akidah pegangan masyarakat jahilliah dan salasilah serta nasab keturunan baginda rasullullah s.a.w. sebelah bapanya dan sebelah ibunya. 

Manakala tiga bab terakhir iaitu bab 47 hingga 49, merupakan saat-saat paling emosi dalam keseluruhan buku ini. Bermula dengan bab 47, menceritakan saat baginda gering sehingga saat kewafatan baginda junjungan rasullullah s.a.w. Manakala dalam bab 48 pula menceritakan suasana rumahtangga baginda dan akhirnya dalam bab 49 adalah tentang akhlak serta peribadi baginda.

Nasab Nabi Muhammad s.a.w.

Perincian salasilah nasab baginda sebagai: Muhammad s.a.w. bin Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hasyim bin Abdu Manaf bin Qusyai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.

– Kelahiran dan Masa Remaja Nabi Muhammad S.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w. lahir di Makkah pada hari Isnin, 12 Rabi’ul Awal tahun Gajah bersamaan 20 April 571 tahun Masihi dalam keadaan yatim. Disebut sebagai tahun Gajah kerana peristiwa pasukan Gajah yang dipimpin oleh Abrahah (Gabenor Yaman) yang ingin menghancurkan Ka’bah tetapi telah dihancurkan oleh pasukan burung yang membawa batu-batu kerikil panas (Surah Al-Fil: 1-5). Pertama kalinya disusukan oleh ibunya Aminah dan Tsuwaibatul Aslamiyah. Kemudiannya baginda disusukan oleh Halimah As-Sa’diyah di perkampungan bani Sa’ad. Tinggal bersama keluarga Halimah selama kurang lebih empat tahun dimana terjadi pembedahan pertama keatas baginda. Sejak kecil baginda jauh dari tradisi jahiliyah dan tidak pernah menyembah berhala. Namun demikian baginda merupakan seorang yang jujur dan berakhlak mulia sehingga baginda terkenal dengan gelar Al-Amien (orang yang dipercayai).


– Pernikahan, Isteri-isteri, Keturunan dan Akhlak Nabi Muhammad s.a.w.

Pada usia 25 tahun, Muhammad s.a.w. menikah dengan Khadijah binti Khuwailid, seorang janda kaya berusia 40 tahun. Setelah Khadijah meninggal dunia, baginda bernikah dengan isteri-isteri baginda yang lain iaitu: Saudah binti Zam’ah, Aisyah binti Abu Bakar, Hafshah binti Umar, Zainab binti Khuzaimah, Ummu Salamah (Hindun binti Umayyah), Zainab binti Zahsy, Juwairiyah binti Al-Harits, Ummu Habibah (Ramlah), Shafiyah binti Huyay, Maimunah binti Al-Harits dan Maria Al-Qibtiyah. Kesemua isteri baginda asalnya adalah janda kecuali Aisyah r.a. Anak-anak baginda ialah: Qasim, Zainab, Ruqayyah, Ummu Kultsum, Fathimah, Abdullah dan Ibrahim. Semuanya adalah anak dari Khadijah kecuali Ibrahim melalui Maria Al-Qibtiah, dimana kesemua anak-anak baginda yang lelaki meninggal semasa kecil lagi. Allah SWT menggambarkan akhlak nabi Muhammad secara umum di dalam al-Quran surah Al-Qalam ayat 4: "Dan sesungguhnya engkau benar-benar berbudi pekerti yang luhur"

– Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

Baginda wafat pada 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijriyah waktu Dhuha pada usia 63 tahun.




Abul Sufi,




A053
"Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)". (A-li'Imraan 3:53)

No comments:

Post a Comment