Disini ana postkan doa penting yang sesuai diamalkan oleh para sahabat terutamanya bagi kita umat akhir zaman dimana kita tidak dapat lari dari fitnah yang bersimpang siur hingga bersedaging dengan kehidupan seharian kita.
اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا
اجْتِنَابَهُ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
Allahumma arinal-haqqa haqqan warzuqnat-tiba'ah, wa arinal-batila batilan warzuqnaj-tinabah, bi rahmatika ya arhamar-rahimeen.
O Allah! Let us see the good as good, and bless us with following it. And show us the falsehood as falsehood, and bless us with staying away from it, with Your mercy, O Most Merciful!
Kesimpulan
Antara kebaikan doa ini adalah:
1) Doa ini sahih dari baginda rasullullah s.a.w.
2) Doa ini adalah supaya Allah tunjukkan kebenaran dan kebatilan. (contoh: Bila kita lihat orang berjubah dan berserban, itu adalah baik kerana ikut sunnah nabi sebaliknya jika kita lihat orang pakai seluar pendek dan nampak kepala lutut itu adalah haram kerana dedah aurat)
3) Doa supaya Allah berikan kekuatan untuk mengikuti kebenaran dan menjauhi kebatilan. (contoh: Bila kita tahu berjubah dan berserban adalah sunnah nabi hendaklah kita ikut berjubah dan berserban sekurang-kurangnya semasa solat manakala jika tahu berseluar pendek dan nampak kepala lutut itu adalah haram kerana dedah aurat hendaklah kita tidak lakukannya)
4) Semoga doa ini menjadi perisai kita terutamanya apabila akhir zaman ini fitnah amat berleluasa sehingga manusia sukar membezakan antara kebenaran dan kebatilan.
Abul Sufi,
Tunjukilah kami jalan yang lurus. (Al-Faatihah 1:6)
No comments:
Post a Comment