Amat tidak lengkap sekiranya pengajian islam dilakukan tanpa pengajian dan pengetahuan tentang hadith. Oleh itu selain pengajian tentang Akidah dan Al-Quran, ana juga telah didedahkan tentang pengajian Hadith secara bersistem dan berkurikulum oleh ustaz ana iaitu: PROF. MADYA DR. FAUZI BIN DERAMAN. Dalam kursus ini ana telah diterangkan mengenai istilah-istilah yang sering digunakan dalam pengajian hadith disamping pembahagian hadith seperti hadith sahih, hasan, dhoif dan mardhu'. Oleh kerana pentingnya pengajian hadith di Malaysia, ana telah membuat satu tugasan tentang tokoh hadith dari Malaysia iaitu Ustaz Abdullah Al-Qari Haji Salleh. Dalam tugasan ini ana cuba memperkenalkan biodata beliau serta latar belakang pendidikan disamping sinopsis salah sebuah karya beliau. Berikut adalah petikan dari tugasan ana:-
Pengenalan Kepada Ustaz Abdullah Al-Qari
Nama Ustaz Abdullah Al-Qari Haji Salleh
atau lebih dikenali sebagai AQHAS sangat terkenal di kalangan pembaca buku-buku
agama tempatan. Namun begitu susuk tubuh beliau tidaklah sepopular namanya.
Ustaz Abdullah Al-Qari merupakan seorang tokoh
Tokoh Maulid Ar-Rasuul (2005) dan pujangga islam yang telah banyak melahirkan karya-karya
berunsur Islam berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah. 1
Beliau lahir pada pagi Ahad 23 Dzul-Qa'idah
1356 H. bersamaan 26 Disember 1937M. Diberi nama Abdullah Al-Qari (Pembaca
terutama Al-Qur'an) oleh anak saudara Tuk Kenali iaitu Tuan Guru Hj. Muhammad
Jebeng. 2
Bapanya Hj. Salleh B. Puteh adalah seorang guru
Al-Qur'an di Pondok Kenali merupakan murid tua Tuk Kenali manakala ibunya adalah
Hjh. Khadijah Bt. Abdullah pula mengajar Al-Qur'an kepada kanak-kanak setempat di
rumahnya. Lokasi rumah beliau di tepi Pondok Lorong Kubur Tuk Kenali
menyebabkan beliau banyak dipengaruhi Pendidikan Pondok di samping Pendidikan
Sekolah Melayu Kubang Kerian, Kota Bharu (1946-1951). 3
Pendidikan Dan Penganugerahan Kepada
Beliau
Abdullah Al-Qari mula berminat membaca buku-buku dalam pelbagai bidang
sejak di sekolah rendah dengan membaca buku-buku Indonesia yang dipinjam
daripada gurunya iaitu Cikgu Muhammad B. Abdullah dan buku-buku dari bilik
bacaan di sekolah. Bakat beliau yang terserlah mula dikesan oleh gurunya, Cikgu
Mahmud B. Abbas semasa beliau di Darjah Tujuh (Sekolah Menengah Melayu Tuk
Pasir Pertama di Kelantan) dan di Sekolah Melayu Kota (Jelasin) yang memuji dan
tertarik kepada hasil karangan beliau di peringkat sekolah. Beliau memperoleh
Sijil Pangkat Satu di kedua sekolah tersebut. 4
Beliau memasuki Pondok MadrasahAl-Ahmadiyyah Bunut Payung (1952)
belajar dari Tuan Guru Hj. AbdullahTahir
B. Hj. Ahmad mengenai
Tafsir Al-Qur'an dan pada Ustaz Hj. Abd. Rahman Al-Khudhri B. Ibrahim mengenai
Al-Hadith. 5 Dengan galakan gurunya supaya menulis dalam
bidang agama, beliau mula membaca majalah-majalah agama dengan cara meminjam
dan cuba menulis. Pada sebelah pagi beliau belajar di darjah tujuh dan pada
sebelah petang beliau dilantik menjadi guru dalam usia 15 tahun (1953). 5
Kerana kegiatan beliau yang agak luar biasa
ini, maka beliau telah dianugerahkan: 9
- Tokoh Guru Kreatif (Penulisan)
Kelantan,1990.
- Tokoh Buku Kelantan,1994.
- Tokoh Hijrah Ar-Rasuul Kelantan,2004.
- Tokoh Guru Kelantan (JPN),2004.
- Tokoh Maulid Ar-Rasuul, Malaysia,2005.
- Tokoh Sunnah (I.Q.), Nusantara,2005.
- Tokoh Penulis Buku Islam, Malaysia,2007.
- Tokoh Penulis Islam Terbaik, Serambi
Mekah,2008.
- Tokoh Pengkajian Al-Qur'an dan Al-Hadith
(SIQAH),Nusantara, 2008.
Diantara karya - karya dan terjemahan Ustaz Abdullah Al-Qari adalah: 10
- Adab Makan Minum Cara Nabi s.a.w.
- Adab-adab Dan Kewajipan Sekitar Masjid
- Adab Ziarah Maqam Dan Masjid Nabi s.a.w.
- Ajaran, Perubatan Dan Pesanan Jibril
'A.S'
- Akhlak Pelajar Siswa-siswi Islam
- Allah Belah Bulan, Allah Menangkupnya
- Allah Merajai Kerajaan Langit Dan Bumi
- Amalan-amalan Shaalih Pencari Rezki -
Yang Fasiq Terhalang
- Amalan & Wirid Mudah Bersalin
- Amaran Nabi Kepada Kaum Wanita
- Analisa Dua Kalimah Syahadah &
Sebab-sebab Kufur-Murtad Dan Aktanya
Buku Kelebihan Dan Rahsia Puasa Sunat Menurut Sunnah Nabi s.a.w. 12
Judul : Kelebihan dan Rahsia Puasa Sunat Menurut Sunnah Nabi
s.a.w
Penulis : Abdullah Al-Qari
Hj Salleh
Penerbit : Al-Hidayah
Publisher (2007)
Halaman : 116
Umum mengetahui bahawa berpuasa itu baik untuk kesihatan. Sudah banyak
kajian dibuat untuk membuktikan hipotesis ini. Lebih terperinci lagi, puasa dapat
meningkatkan antibodi dalam badan. Justeru itu orang-orang yang berpuasa kurang
berisiko dijangkiti virus atau bakkteria. Namun naskah ini tidak membicarakan
puasa dari sudut saintifik kerana orang Islam berpuasa bukan kerana sihat atau
kelebihan fizikal. Sebaliknya umat Islam berpuasa kerana ia adalah perintah
Allah kepada setiap manusia yang beriman. Buku kecil ini menampilkan ganjaran
dan kelebihan berpuasa menurut Al-Quran dan Sunnah.
Kandungan Buku. 13
Antara isi-isi penting yang dapat
diperolehi melalui pembacaan buku ini adalah:
- Kelebihan puasa “Sesiapa yang berpuasa sehari di jalan Allah, nescaya Allah akan jauhkan neraka Jahannam sejauh perjalanan 100 tahun” – Rekod Nasa’i disahihkah oleh Albani.”
- Puasa – puasa sunat yang dianjurkan.
- Hari-hari yang dilarang berpuasa. (Jumaat dan
Sabtu tanpa diiringi hari sebelum atau selepasnya).
- Anjuran berbuka pada hari puasa sunat. Dinyata
di sini, puasa bukan ibadat yang dilakukan secara bermusim. Walaupun yang
fardu itu setahun sekali dalam bulan Ramadhan, namun sunnah menunjukkan
nabi dan para sahabat berpuasa sunat pada hari-hari yang lain juga dan
galakan serta ganjaran yang dijanjikan allah sangat besar. Namun begitu
terdapat dalam situasi tertentu dianjurkan untuk berbuka puasa sunat
terutamanya dalam situasi menghormati tetamu.
Oleh itu buku kecil ini sangat bermanfaat untuk dibaca dan dimiliki. Semua
fakta yang dinyatakan dalam buku ini adalah berdasarkan dari hadith nabi yang
sahih supaya tiada keraguan untuk beriman dan beramal dengannya.
KESIMPULAN
Setelah meneliti melalui pembacaan mengenai
tokoh ini, maka dapat saya buat beberapa kesimpulan iaitu:
- Walaupun terdapat banyak karya-karya Ustaz Abdullah Al-Qari telah diterbitkan, namun masih kurang pendedahan dilakukan keatas diri beliau sendiri sehingga ketokohan beliau masih kurang dikenali oleh masyarakat umum.
- Karya-karya beliau yang pelbagai telah menyentuh banyak bidang. Antara contoh karya beliau adalah “Aqidah Salaf Pegangan Terakhir Imaam Al-Asy” dan “Apa dia malaikat” menyentuh bidang akidah
- Karya beliau “Asas-asas sembahyang nabi (180 ciri sembahyang nabi)” dan “Urusan Zakat (Mengikut Sunnah)” menyentuh bidang fekah
- Karya beliau “Cerpen-cerpen tuk kenali” dan “Cerpen Tuk Qadhi Dan Tuk Guru” menyentuh bidang sastera
- Karya beliau “40 Hadith Menjulang Sunnah, Menikmati Kolam Nabi Di Syurga” dan “Ziarah Kubur Cara Nabi s.a.w.: Terjemahan Hilaluddin B. Abdullah Al-Qari” menyentuh bidang hadith dan lain-lain karya lagi.
- Harus ada lebih banyak lagi inisiatif untuk mengumpul dan menerbitkan kisah hidup atau ketokohan ulama di Malaysia supaya generasi muda lebih mengenali dan menghargai ulama tempatan. Contohnya Ustaz Abdullah Al-Qari Haji Mohd Salleh yang karya-karya beliau banyak didapati di pasaran dan juga perpustakaan namun ketokohan beliau kurang dipaparkan. Oleh itu harus diadakan lebih banyak buku-buku seperti “Pengajian Hadith di Malaysia” hasil karya gabungan Ustaz Fauzi Deraman, Ustaz Ishak Sulaiman dan Ustaz Faisal Ahmad Shah sebagai rujukan masyarakat kini dalam mencari tokoh, karya dan institusi yang terdapat di Malaysia.
Abul Sufi,
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk". (Al-A'raaf 7:158)
No comments:
Post a Comment