Title Bar

Friday, 27 April 2012

Doa Pembuka Kata


A001

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama dan guru-guru serta sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya.


Disini ana postkan salah satu doa dari ayat Al-Quran yang sering diucapkan sebelum memulakan pengucapan/syarahan dalam sebarang majlis. Ana teringat untuk postkan doa ini sebagai response terhadap tazkirah yang ana sampaikan kepada sahabat-sahabat di tanah haram Makkah Al-Mukarromah semasa musim haji 2011M (1432H). Ada antara sahabat yang tidak tahu mengenai doa ini, oleh itu ana terangkan serba ringkas mengenainya dan sumber rujukannya.










Kesimpulan

Khafiat mengamalkan doa ini dalam majlis adalah:
1) Mulakan dengan basmalah dan puji Allah
2) Berselawat keatas Rasullullah s.a.w. dan ahlinya
3) Bacalah doa pembuka kata ini tanpa "Ko'la" iaitu dengan terus membaca "Robbish roh'li"
4) Ditambah dengan doa lain ataupun boleh terus membuat pengucapan yang dikehendaki.
Diharap dengan doa ini Allah mudahkan pengucapan kita dan para pendengar dapat memahami apa yang cuba kita sampaikan.




Abul Sufi, 


A023

Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Akuberlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya". (Yusuf 12:23)

Berinteraksi Dengan Allah


A001

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama dan guru-guru serta sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya.

Sedarkah kita bahawa sebagai seorang mukmin, kita boleh berinteraksi dengan Allah? Terkejut? Sabar dahulu sahabatku, ana bukan membawa ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin atau ajaran Haji Kahar (Abdul Kahar Ahmad-Ajaran Rasul Melayu).Disini ana postkan kenapa orang mukmin wajip menjadikan Al-Quran teman sepanjang hayat dengan membacanya, memahami isinya dan mengamalkannya. Secara tidak sedar sebenarnya apabila kita berinteraksi dengan Al-Quran, kita telah berinteraksi dengan pemilik kalimah tersebut iaitu Allah. Ini adalah kerana dalam setiap persoalan hidup manusia ada jawapan dari Allah melalui Al-Quran. Mari kita renungankan jawapan bagi persoalan kehidupan kita: 

Manusia Bertanya : Bolehkah aku Stress ?
Qur’an Menjawab : Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imraan : 139)

Manusia Bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?
Qur’an Menjawab : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya………. (Al-Baqarah : 286)

Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yang baik ?
Qur’an Menjawab : ………. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah : 216)

Manusia Bertanya : Kenapa aku diuji ?
Qur’an Menjawab : Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabuut : 2). Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabuut : 3)

Manusia Bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?
Qur’an Menjawab : ………..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. (Yusuf : 87)

Manusia Bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?
Qur’an Menjawab : Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. (Ali Imraan : 200)

Manusia Bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku?
Qur’an Menjawab : ….Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal……. (At-Taubah : 129)

Manusia Bertanya : Apa yang kudapat dari semua ujian ini?
Qur’an Menjawab : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka………. (At-Taubah : 111)

Kesimpulan (Keutamaan Para Penghafaz Al-Quran)

Allah telah menjanjikan kelebihan kepada mereka yang menghafal al Quran seperti yang digambarkan di bawah.
1.MEREKA ADALAH KELUARGA ALLAH SWT.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Dari Anas ra. Ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri dari manusia.” Kemudian Anas berkata lagi, lalu Rasulullah s.a.w bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah. Baginda menjawab: “Iaitu ahli Quran (orang yang membaca atau menghafal Al- Quran dan mengamalkan isinya).Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah.

2.DI TEMPATKAN SYURGA YANG PALING TINGGI
Sabda rasulullah s.a.w:
“Dari Abdullah Bin Amr Bin Al Ash ra dari nabi s.a.w, baginda bersabda; Diakhirat nanti para ahli Al Quran di perintahkan, “Bacalah dan naiklah kesyurga. Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca.”
3.AHLI AL QURAN ADALAH ORANG YANG ARIF DI SYURGA
Sabda rasulullah s.a.w “Dari  Anas ra. Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; “Para pembaca Al Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni syurga,”
4.MENGHORMATI ORANG YANG MENGHAFAL AL QURAN BERERTI MENGAGUNGKAN ALLAH SWT.
Sabda rasulullah s..a.w  “Dari  Abu Musa Al Asya’ari ra.ia berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Diantara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati Orang Islam yang sudah tua, menghormati orang yang menghafal Al-Quran yang tidak berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Quran tidak di amalkan, serta menghormati kepada penguasa yang adil.”
5.HATI PENGHAFAL AL-QURAN TIDAK DI SEKSA
Sabda rasulullah s.a.w.
” Dari Abdullah Bin Mas’ud ra. Dari  nabi s.a.w. baginda bersabda: ” bacalah Al Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal al-quran.
Sesungguhanya Al -Quran ini adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkunya ia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al Quran maka hendaklah ia bergembira.”
6.MEREKA LEBIH BERHAK MENJADI IMAM DALAM SOLAT
Sabda rasulullah s.a.w. :
“Dari Ibnu Mas’ud ra. Dari Rasulullah s.a.w. beliau bersabda; “yang menjadi imam dalam solat suatu kaum hendaknya yang paling pandai membaca Al Quran.”
7.DISAYANGI RASULULLAH S.A.W
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Dari  Jabir Bin Abdullah ra. Bahawa nabi s.a.w menyatukan dua orang dari orang-orang yang gugur dalam perang uhud dalam satu liang lahad.
Kemudian nabi s.a.w. bertanya, “dari mereka berdua siapakah paling banyak hafal Al Quran?” apabila ada orang yang dapat menunjukkan kepada salah satunya, maka nabi s.a.w memasukkan mayat itu terlebih dahulu ke liang lahad.”
8.DAPAT MEMBERIKAN SYAFAAT KEPADA KELUARGA
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Dari  Ali Bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah ia berkata, “Barangsiapamembaca Al Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya kedalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah di tetapkan untuk masuk neraka.”
9.PENGHAFAL AL QURAN AKAN MEMAKAI MAHKOTA KEHORMATAN
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Dari  Abu Hurairah ra.dari nabi s.a.w. baginda bersabda: “orang yang hafal Al Quran nanti pada hari kiamatnanti akan datang dan Al Quran akan berkata; “Wahai Tuhan ,pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru.” Maka orang tersebut di berikan mahkota kehormatan. Al Quran berkata lagi:
“Wahai Tuhan tambahlah pakaiannya.” Maka orang itu di beri pakaian kehormatannya. Al Quran lalu berkata lagi, “Wahai Tuhan, redailah dia.” Maka kepadanya di katakan; “Bacalah dan naiklah.” Dan untuk setiap ayat, ia di beri tambahan satu kebajikan.”
10.HAFAL AL QURAN MERUPAKAN BEKAL YANG PALING BAIK.
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Dari  jabir bin nufair, katanya rasulullah s.a.w. bersabda; “Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik daripada sesuatu yang berasal dari-Nya yaitu Al Quran.
11.ORANG TUA MEMPEROLEHI PAHALA KHUSUS JIKA ANAKNYA PENGHAFAL AL QURAN.
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Dari  Buraidah Al Aslami ra, ia berkata bahawasanya ia mendengar Rasulullah s..a.w bersabda: “Pada hari kiamat nanti, Al Quran akan menemui penghafalnya ketika penghafal itu keluar dari kuburnya. Al Quran akan berwujud seseorang dan ia bertanya kepada penghafalnya: “Apakah anda mengenalku?”.
Penghafal tadi menjawab; “saya tidak mengenal kamu.” Al Quran berkata; “saya adalah kawanmu, Al Quran yang membuatmu kehausan di tengah hari yang panas dan membuatmu tidak tidur pada malam hari. Sesungguhnya setiap pedagang akan mendapat keuntungan di belakang dagangannya dan kamu pada hari ini di belakang semua dagangan. Maka penghafal Al Quran tadi di beri kekuasaan di tangan kanannya dan diberi kekekalan ditangan kirinya, serta di atas kepalanya dipasang mahkota perkasa. Sedang kedua orang tuanya diberi dua pakaian baru lagi bagus yang harganya tidak dapat di bayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua orang tua itu lalu bertanya: “kenapa kami di beri dengan pakaian begini?”. Kemudian di jawab, “kerana anakmu hafal Al Quran.”
Kemudian kepada penghafal Al Quran tadi di perintahkan, “bacalah dan naiklah ketingkat-tingkat syurga dan kamar-kamarnya.” Maka ia pun terus naik selagi ia tetap membaca, baik bacaan itu cepat atau perlahan (tartil)
12.AKAN MENEMPATI TINGKATAN TERTINGGI DI DALAM SYURGA.
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Dari  Sisyah ra ia berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat Al Quran. Maka tingkatan syurga yang di masuki oleh penghafal Al Quran adalah tingkatan yang paling atas, dimana tidak ada tingkatan lagi sesudah itu.





Abul Sufi, 

A004

Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil". (Al-Muzzammil 73:4)

Nota Kaki: Sumber rujukan: http://komtas4u.com/ (Maahad tahfiz ini diusahakan oleh Ustaz Sapidin - 012-2276404 di Lot 3095, Lorong Haji Maon, Kampung Delek Baru, 41250 Klang, Selangor) 

Wednesday, 25 April 2012

Doa Mohon Kekuatan


A001

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama dan guru-guru serta sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya.


Disini ana postkan doa penting yang sesuai diamalkan oleh para sahabat terutamanya bagi kita umat akhir zaman dimana kita tidak dapat lari dari fitnah yang bersimpang siur hingga bersedaging dengan kehidupan seharian kita. 






اللهُÙ…َّ Ø£َرِÙ†َا الحَÙ‚َّ Ø­َÙ‚ّاً ÙˆَارْزُÙ‚ْÙ†َا التِبَاعَØ©َ ÙˆَØ£َرِÙ†َا البَاطِÙ„َ بَاطِلاً ÙˆَارْزُÙ‚ْÙ†َا


اجْتِÙ†َابَÙ‡ُ، بِرَØ­ْÙ…َتِÙƒَ ÙŠَا Ø£َرْØ­َÙ…َ الرَّاحِÙ…ِينَ. 



Allahumma arinal-haqqa haqqan warzuqnat-tiba'ah, wa arinal-batila batilan warzuqnaj-tinabah, bi rahmatika ya arhamar-rahimeen.

O Allah! Let us see the good as good, and bless us with following it. And show us the falsehood as falsehood, and bless us with staying away from it, with Your mercy, O Most Merciful!






Kesimpulan


Antara kebaikan doa ini adalah:
1) Doa ini sahih dari baginda rasullullah s.a.w.
2) Doa ini adalah supaya Allah tunjukkan kebenaran dan kebatilan. (contoh: Bila kita lihat orang berjubah dan berserban, itu adalah baik kerana ikut sunnah nabi sebaliknya jika kita lihat orang pakai seluar pendek dan nampak kepala lutut itu adalah haram kerana dedah aurat)
3) Doa supaya Allah berikan kekuatan untuk mengikuti kebenaran dan menjauhi kebatilan. (contoh: Bila kita tahu berjubah dan berserban adalah sunnah nabi hendaklah kita ikut berjubah dan berserban sekurang-kurangnya semasa solat manakala jika tahu berseluar pendek dan nampak kepala lutut itu adalah haram kerana dedah aurat hendaklah kita tidak lakukannya)
4) Semoga doa ini menjadi perisai kita terutamanya apabila akhir zaman ini fitnah amat berleluasa sehingga manusia sukar membezakan antara kebenaran dan kebatilan.







Abul Sufi,


A006

Tunjukilah kami jalan yang lurus. (Al-Faatihah 1:6)

Tuesday, 24 April 2012

Fatonah


A001

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama dan guru-guru serta sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya.

Mari merehatkan minda sekejap dengan melihat cara menangani hubungan sesama manusia ditempat kerja. Contoh surat dibawah adalah dari seorang pengurus yang tidak mahu menyakitkan hati pekerja bawahannya disamping bersifat jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggung jawapnya dalam menyerahkan surat penilaian kepada jabatan sumber manusia.

                       
                     
    The HR manager received the following appraisal report one day:         
                                                                           
    1 Bob Smith, my assistant programmer, can always be found               
    2 hard at work at his desk. He works independently, without             
    3 wasting company time talking to colleagues. Bob never                 
    4 thinks twice about assisting fellow employees, and always             
    5 finishes given assignments on time. Often he takes extended           
    6 measures to complete his work, sometimes skipping coffee              
    7 breaks. Bob is a dedicated individual who has absolutely no           
    8 vanity in spite of his high accomplishments and profound              
    9 knowledge in his field. I firmly believe that Bob can be              
    10 classed as an asset employee, the type which cannot be               
    11 dispensed with. Consequently, I duly recommend that Bob be           
    12 promoted to executive management, and a proposal will be             
    13 executed as soon as possible.                                        
                                                                           
    Later that day, the same HR manager received the following addendum:    
                                                                           
    Addendum:                                                               
    That idiot was standing over my shoulder while I wrote the              
    report sent to you earlier today. Kindly re-read only the odd           
    numbered lines.      



Abul Sufi,

A029

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. (Al-Fat-h 48:29)

Kiblat Pertama Umat Islam


A001

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama dan guru-guru serta sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya.

Wahai tentera Allah lihat gambar berikut menunjukkan yang mana satu sebenarnya Al-masdijil Aqsa. Jangan terpedaya dengan dakyah Yahudi untuk kita percaya yang berkubah emas itu 
Al-masdijil Aqsa.





Didalam kubah emas dikatakan terdapatnya batu tergantung yang ingin mengikut baginda naik kelangit semasa kejadian mikraj.





Manakala Al-masdijil Aqsa yang sebenar adalah seperti dibawah ini.





Abul Sufi,


A001

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Israa' 17:1)