Title Bar

Tuesday, 6 March 2012

Langkah Pertama

A001

Ana menulis dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas nabi junjungan s.a.w., ahlinya, para sahabat, yang menyusul, yang menyusul setelah menyusul dan sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya. Sememangnya ana terasa jahil dan kerdil di dunia fana ini. walaupun setelah bergelar graduan dari sebuah universiti awam, ana rasa matlamat sebenar ana diciptakan belum tercapai. Oleh itu ana meyambung pula pengajian didalam pengajian usulludin sebagai batu loncatan menyingkap kejahilan yang menyelubungi diri ana selama ini disamping memenuhi tuntutan ana dijadikan sebagai khalifah diatas muka bumi.

Walaupun pada asalnya ana tidak berminat dalam bidang penulisan, namun setelah setahun mengikuti pengajian usulludin, para pensyarah secara tidak langsung membukakan minda ana untuk berkongsi ilmu yang diperolehi secara formal atau tidak bersama para pecinta ilmu agar ianya dapat memberi manafaat kepada yang mencari keredhaan-NYA. Maka pada hari ini ana telah memberanikan diri untuk cuba berkongsi serba sedikit ilmu yang ana perolehi dalam hidup ini. Diharapkan para pembaca blog ana ini dapat berlapang dada menerima segala kekurangan ana disamping dapat menegur segala salah dan silap ana di atas lapangan ilmu tanpa sebarang sikap prejudis atau agenda yang tersembunyi.

Abul Sufi,

A002
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah." (Al-Anfaal 8:2)


{ nota: paparan ayat al-quran dan terjemahan yang ana telah, sedang & akan gunakan dalam blog ana adalah merujuk kepada laman yang dibangunkan/kemaskini olehSerai Solutions dan Training.My. di alamat web: http://www.surah.my - Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan kebajikan orang yang mencari keredhaannya. }

No comments:

Post a Comment