Title Bar

Friday, 23 March 2012

Habibi Rasullullah s.a.w.


A001

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama dan guru-guru serta sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya.

Semasa kehadiran bulan RabiulAwal yang lalu, perasaan ana terlalu sayu rindukan kekasih ana iaitu Rasullullah s.a.w. Ditambah pula apabila ramai ustaz-ustaz menceritakan sirah baginda s.a.w. semasa ana hadir di masjid, surau, siaran TV Al-Hijrah dan radio IKIM.fm  telah menghanyutkan kembali perasaan ana terkenang suasana dan pengalaman semasa ana berada diraudah dan masjidil nabawi dimana baginda s.a.w. terasa begitu dekat dihati.

Apa yang ingin ana muhasabahkan diri ana disini adalah, bagaimana pula perasaan ana apabila berlalunya bulan RabiulAwal?. Adakah ana juga termasuk dalam golongan yang hanya mengingati baginda s.a.w. mengikut musim? Apabila tiba musim maulid maka meluap-luaplah perasaan kita mengingati baginda s.a.w. tetapi apabila berakhirnya musim tersebut maka tiada lagi ucapan selawat yang meniti dibibir melainkan semasa solat atau majlis tahlil sahaja.

Dari itu ana ingin berpesan kepada diri ana dan sahabat-sahabat sekelian supaya kita menukarkan presipsi kita yang berselawat dan mengingati baginda s.a.w. bukan hanya dilakukan pada bulan maulid sahaja, tetapi ianya hendaklah tumbuh subuh dan bergerak seiring dengan degup jantung kita. Dalam suatu tugasan yang ana telah serahkan kepada ustaz ana adalah mengenai ulasan sebuah kitab yang muktabar iaitu Buku Sejarah Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun buku ini sangat tebal (49 bab) dan sirahnya amat terperinci namun ana dapat menyiapkan tugasan yang diberi dalam waktu yang singkat kerana ana telah memiliki dan membaca buku ini pada tahun 2005 lagi. Dari itu ianya menjadi mudah dan cepat apabila ana hanya perlu mengimbas kembali hasil bacaan ana yang lalu.


Namun untuk post kali ini ana tidak akan ceritakan mengenai tugasan ini lagi sebaliknya ana ingin kongsikan sebuah buku yang baru ana miliki iaitu Biografi Agung Rasullullah. Pada asalnya ana ingin membeli buku hasil karya seorang lagi ustaz ana iaitu Datuk Dr Zulkifli Mohd Yusof bertajuk Biografi Muhammad Bin Abdullah, namun ana agak kecewa kerana tiada stok dikedai-kedai buku yang ana kunjungi. Semasa membelek-belek beberapa buku lain, ana telah tertarik pada sebuah buku terbaru di pasaran iaitu Biografi Agung Rasullulah ditulis oleh saudara Rusydi Ramli Al-Jauhari terbitan Must Read S/B. Buku setebal 384 halaman berwarna dan berharga RM65.00 ana rasa amat berbaloi ana miliki kerana selain maklumat didalamnya yang sangat menarik dan penting, ianya juga mengandungi gambar-gambar yang berwarna eksklusif berserta salasilah lengkap baginda Rasullullah s.a.w. hingga ke Nabi Adam alaihisalam.


Dari itu ana ingin rekomen pada para sahabat sekelian untuk mendapatkan buku ini supaya ianya menjadi koleksi peribadi yang menarik serta dapat mendekatkan diri serta mengingatkan kita kepada baginda Rasullullah s.a.w. sepanjang masa dan bukan hanya pada bulan maulid sahaja.




Abul Sufi,
(Buku ini juga boleh didapati melalui kedai saya, sila click atau copy paste link dibawah ini.)

http://www.stormreaders.net/nProductCode=PTSB1007/osman72

A128

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman." (At-Taubah 9:128)

No comments:

Post a Comment