Title Bar

Monday, 26 March 2012

Kedai Buku Saya



A001

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama dan guru-guru serta sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya.



Anda ingin memiliki buku-buku terbaru, majalah-majalah islam dan habbatus sauda, sila melawat kedai buku ini yang 100% memenuhi hukum syarak. dan di pantau oleh Ustaz yang berwibawa. Anda boleh memesan melalui saya (email/sms) dan saya akan uruskan dari awal hingga akhir atau anda boleh mendaftar sebagai pelanggan kedai saya serta membuat pembelian secara online. Semuanya mudah, selamat dan pantas dalam keselesaan dirumah atau dipejabat anda, tanpa anda perlu keluar ke kedai buku lagi.






Oleh itu bagi anda yang ingin menyokong melalui infaq ilmu pengetahuan bolehlah berkunjung dan membeli belah melalui kedai buku saya ini. Insyallah di kesempatan yang lain, saya akan postkan lebih terperinci mengenai kedai buku ini.






Salam,

Abul Sufi

(Untuk ke kedai saya, anda boleh click "Kedai Buku Saya" di menu atau copy paste link dibawah ini.)




A018
"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia." (Al-Hadiid 57:18)



Menceritakan pada kami Al-'Ala' dari ayahnya dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda: "Bila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkata, iaitu: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak yang soleh berdoa untuk ibu bapanya." (HR: Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3507)



Friday, 23 March 2012

Habibi Rasullullah s.a.w.


A001

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama dan guru-guru serta sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya.

Semasa kehadiran bulan RabiulAwal yang lalu, perasaan ana terlalu sayu rindukan kekasih ana iaitu Rasullullah s.a.w. Ditambah pula apabila ramai ustaz-ustaz menceritakan sirah baginda s.a.w. semasa ana hadir di masjid, surau, siaran TV Al-Hijrah dan radio IKIM.fm  telah menghanyutkan kembali perasaan ana terkenang suasana dan pengalaman semasa ana berada diraudah dan masjidil nabawi dimana baginda s.a.w. terasa begitu dekat dihati.

Apa yang ingin ana muhasabahkan diri ana disini adalah, bagaimana pula perasaan ana apabila berlalunya bulan RabiulAwal?. Adakah ana juga termasuk dalam golongan yang hanya mengingati baginda s.a.w. mengikut musim? Apabila tiba musim maulid maka meluap-luaplah perasaan kita mengingati baginda s.a.w. tetapi apabila berakhirnya musim tersebut maka tiada lagi ucapan selawat yang meniti dibibir melainkan semasa solat atau majlis tahlil sahaja.

Dari itu ana ingin berpesan kepada diri ana dan sahabat-sahabat sekelian supaya kita menukarkan presipsi kita yang berselawat dan mengingati baginda s.a.w. bukan hanya dilakukan pada bulan maulid sahaja, tetapi ianya hendaklah tumbuh subuh dan bergerak seiring dengan degup jantung kita. Dalam suatu tugasan yang ana telah serahkan kepada ustaz ana adalah mengenai ulasan sebuah kitab yang muktabar iaitu Buku Sejarah Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun buku ini sangat tebal (49 bab) dan sirahnya amat terperinci namun ana dapat menyiapkan tugasan yang diberi dalam waktu yang singkat kerana ana telah memiliki dan membaca buku ini pada tahun 2005 lagi. Dari itu ianya menjadi mudah dan cepat apabila ana hanya perlu mengimbas kembali hasil bacaan ana yang lalu.


Namun untuk post kali ini ana tidak akan ceritakan mengenai tugasan ini lagi sebaliknya ana ingin kongsikan sebuah buku yang baru ana miliki iaitu Biografi Agung Rasullullah. Pada asalnya ana ingin membeli buku hasil karya seorang lagi ustaz ana iaitu Datuk Dr Zulkifli Mohd Yusof bertajuk Biografi Muhammad Bin Abdullah, namun ana agak kecewa kerana tiada stok dikedai-kedai buku yang ana kunjungi. Semasa membelek-belek beberapa buku lain, ana telah tertarik pada sebuah buku terbaru di pasaran iaitu Biografi Agung Rasullulah ditulis oleh saudara Rusydi Ramli Al-Jauhari terbitan Must Read S/B. Buku setebal 384 halaman berwarna dan berharga RM65.00 ana rasa amat berbaloi ana miliki kerana selain maklumat didalamnya yang sangat menarik dan penting, ianya juga mengandungi gambar-gambar yang berwarna eksklusif berserta salasilah lengkap baginda Rasullullah s.a.w. hingga ke Nabi Adam alaihisalam.


Dari itu ana ingin rekomen pada para sahabat sekelian untuk mendapatkan buku ini supaya ianya menjadi koleksi peribadi yang menarik serta dapat mendekatkan diri serta mengingatkan kita kepada baginda Rasullullah s.a.w. sepanjang masa dan bukan hanya pada bulan maulid sahaja.




Abul Sufi,
(Buku ini juga boleh didapati melalui kedai saya, sila click atau copy paste link dibawah ini.)

http://www.stormreaders.net/nProductCode=PTSB1007/osman72

A128

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman." (At-Taubah 9:128)

Sami Yusuf - Supplication (Selawat & Salam Atas Mu Kekasihku)


Friday, 16 March 2012

Usul Tafsir


A001

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama dan guru-guru serta sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya.

Selain daripada teras akidah, ana juga telah didedahkan kepada pengajian Al-Quran secara formal oleh: PROF. MADYA DR. MUSTAFA BIN ABDULLAH. Dalam pembelajaran usul tafsir ini, ana telah cuba menyingkap khazanah tafisr Al-Quran yang terdapat di Malaysia khususnya Tafsir Nur Al-Ihsan sebagai suatu gedung ilmu yang amat dibanggakan kerana telah ditulis oleh ulamak tempatan berasal dari Kedah. Oleh itu ana juga telah merujuk kepada buku tulisan beliau iaitu "Khazanah Tafsir di Malaysia" sebagai rujukan utama disamping lain-lain sumber dalam menyiapkan tugasan ini. Berikut adalah petikan dari tugasan ana:-



Pengenalan Kepada Tafsir Al-Quran

Menjadi sunnatullah untuk mengutus seorang rasul dibekali dengan bahasa, ianya sangat berguna dalam rangka penyebaran dakwah yang syariatkan kepada setiap utusan Allah, sebagaimana termaktub dalam Surah Ibrahim ayat 4: 1

A004
"Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Ibrahim 14:4)


Disebabkan Nabi Muhammad SAW diutus dikalangan bangsa Arab, beliau pun berasal dari golongan arab oleh itu Al-Quran sebagai kitab yang diwahyukan kepada beliau pun berbahasa arab. Seiring berkembangnya zaman dan berbezanya situasi serta keadaan yang ada pada tiap-tiap kurun waktu serta berbeza-beza pula cara berfikir para ulama tafsir telah mempengaruhi hasil karya mereka berupa tafsir-tafsir mengenai ayat–ayat Al-Quran. Mengenai kurun waktu sejarah penafsiran Al-Quran secara kasar dapat dibagi mejadi 3 zaman, yaitu: penafsiran Al-Quran pada zaman Rasulullah dan sahabat, 2 penafsiran Al-Quran pada zaman Tabiin dan zaman pembukuan tafsir Al-Quran.

Karya – Karya Tafsir Tanah Melayu

Di bumi Nusantara terdapat banyak karya klasik dan moden dalam lapangan tafsir yang ditulis oleh mufassir-mufassir tempatan yang terkenal. Sejarah perkembangan pesat tafsir di Nusantara terjadi pada abad ke-16 hingga abad ke-19. Sebagaimana di Timur Tengah, masing-masing mufassir di Nusantara juga mempunyai konsep metode dan corak penafsiran. Walau karya-karya tafsir di Nusantara bersumber dari karya-karya tafsir dari Timur Tengah, para mufassir di rantau Nusantara tetap menerapkan corak penafsiran yang sesuai dengan lingkungan dan masa di rantau tersebut. Di antara karya tafsir yang mempunyai nilai tinggi ialah “Tarjumân al-Mustafîd” yang dikenali sebagai “Tafsir Baydawi” oleh Abd al-Rauf Singkel9 yang merupakan tafsir pertama terlengkap bahasa Melayu (kuno) tertua di Nusantara

Namun di Tanah Melayu terdapat banyak karya klasik dalam bidang tafsir yang dikarang oleh mufassir-mufassir tempatan. Kebanyakan karya tafsir al-Qur`an di rantau ini ditulis secara tidak melengkapi sebuah mushaf al-Qur`an, iaitu penafsiran yang tidak melengkapi 30 juz al-Qur`an bermula dari surat al-Fatihah hingga al-Nas. Masing-masing mufassir melahirkan karya mereka tersendiri seperti Dato’ Haji Muhammad Nor Bin Ibrahim melahirkan karyanya Ramuan Rapi Dari Erti Surah al-Kahfi10 dan Syed Syiekh al-Hadi melahirkan karyanya Tafsir Surah al-Fatihah. 11

Maka Tafsîr Nûr al-Ihsân karya Tuan Haji Muhammad Said Bin Umar merupakan karya tafsir bahasa Melayu terawal yang melengkapi 30 juz yang dihasilkan di Malaysia. 12 Kemunculan karya tafsir ini merupakan sinar baru untuk bidang tafsir di Malaysia dan mata rantai yang meneruskan jalur sejarah tafsir al-Qur`an di Semenanjung Tanah Melayu setelah melalui zaman kegelapan selama 3 abad yaitu bermula dari abad ke-17 lagi hingga abad ke-19 Masihi. Bidang tafsir di Malaysia diwarnai dengan pembabitan beberapa tokoh ulama` tempatan, terdapat tulisan-tulisan yang dihasilkan tetapi tidak dicetak. Oleh karena karya-karya tersebut tidak dicetak, kebanyakannya telah hilang dan tidak ditemukan manuskripnya.

Biodata Haji Muhammad Said Bin Umar

Haji Muhammad Said bin Umar bin Aminuddin bin Abdul Karim dilahirkan pada tahun 1854 bersamaan 1275 H di Kampung Kuar, Jerlun, Kedah. Para pengkaji tafsir dan para pengkaji sejarah Malaysia tidak dapat menentukan dengan tepat tarikh sebenar kelahiran kerana tidak terdapat sumber-sumber yang cukup mengenai kelahirannya, maka tidak terdapat info yang lengkap tentang kelahirannya. 18 Oleh karena dilahirkan sebagai anak Kedah maka jolokan yang diberi kepada ialah al-Qadahi seperti yang tercatit pada penutup Tafsîr Nûr al-Ihsân pada jilid terakhir. Beliau dibesarkan bersama seorang saudara lelakinya dalam lingkungan keluarga yang diterapkan nilai-nilai keagamaan dan mendapat didikan langsung daripada bapanya iaitu Haji Umar Khatib. Beliau termasuk di antara 25 tokoh tafsir Malaysia yang tercatit di dalam buku Khazanah Tafsir Di Malaysia yang membahaskan tentang biografi, sumbangan, dan metode mereka dalam penafsiran. 19

Ayahnya ialah Haji Umar Bin Aminuddin. Dia merupakan seorang alim yang terkenal dengan jolokan ‘Khatib’ karena mempunyai ketokohan dalam memberi ucapan dan menyampaikan khutbah di khalayak ramai. Ketika hayatnya, itulah pekerjaan yang dilakukan sebagai satu sumbangan terhadap masyarakat dalam menegakkan syariat Islam. Bahkan, ayahnya merupakan seorang yang amat cenderung kepada membesarkan anak-anaknya dalam lingkungan Islam dan memberi bimbingan agama kepada mereka sehingga bimbingan tersebut memberi kesan jelas pada peribadi Tuan Haji Muhammad Said. Bahkan, beliau juga mempunyai sifat-sifat yang sama seperti sifat-sifat bapanya yang amat cenderung kepada agama dan melakukan apa yang telah dilakukan oleh bapanya.

Tafsir Nur Al-Ihsan

Tafsîr Nûr al-Ihsân merupakan karya pertama Tuan Haji Muhammad Said Umar dan karya tafsir pertama yang melengkapi 30 juz al-Qur`an, yang telah dihasilkan pada abad ke-20 iaitu pada tahun 1934M bersamaan tahun 1346H. Ia ditulis dalam empat jilid atau tersebut sebagai penggal, merupakan karya tafsir tahlîli yang ringkas dalam bahasa Melayu dengan tulisan Arab-Melayu dan digunakan secara meluas di pondok-pondok pengajian di Kedah. Berdasarkan catitan pengarang pada penutup karyanya beliau menyatakan bahwa tempoh penulisan karya ini bermula pada bulan Dzulhijjah tahun 1344H, yaitu bersamaan bulan Januari tahun 1925M. Kemudian berjaya diselesaikan pada 1 Rabi’ulawal tahun 1346H bersamaan 1 Oktober 1927M. Manuskrip tulisan tangan karya tafsir ini masih wujud tersimpan di rumah warisnya, Haji Abdul Hamid Bin Haji Ahmad di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah.

Tafsîr Nûr al-Ihsân dihasilkan oleh pengarangnya dalam empat jilid dan setiap jilid dibagi mengandungi satu kumpulan yang disusun dari surat-surat al-Qur`an. Jilid pertama merangkumi Surat al-Fâtihah hingga Surat al-Mâidah. Jilid kedua merangkumi Surat al-An’aâm hingga Surat Hûd. Jilid ketiga merangkumi Surat al-Kahfi hingga Surat al-Zumar. Dan jilid keempat merangkumi Surat al-Mu’min hingga Surat al-Nâs.29

Tafsîr Nûr al-Ihsân telah dimulakan cetakan pertamanya pada tahun 1934M di Mekah dan cetakan keduanya pada tahun 1936M di Pulau Pinang (Penang) selepas diberi keizinan oleh pihak kerajaan Kedah. Cetakan ketiganya pada tahun 1391H bersamaan tahun 1970M oleh Percetakan al-Maarif Sdn. Bhd. Dan jilid pertamanya dicetak bersama Maktabah wa Maṯba’ah Muhammad al-Nahdi wa Awlâdihi. 30 

KESIMPULAN

Setelah meneliti beberapa karya tafsir yang terdapat dalam tugasan ini, maka dapat saya buat beberapa kesimpulan iaitu:

  • Walaupun terdapat karya tafsir yang dibuat oleh ulama di Malaysia, namun setakat ini tiada lagi karya tafsir yang lengkap sebanyak 30 juzuk dapat menandingi karya Haji Muhammad Said melalui Tafsirnya Nur Al-Ihsan.
  • Ulama dari Negara Indonesia dilihat lebih proaktif dalam menghasilkan karya-karya tafsir yang baru mahupun karya-karya terjemahan Al-Quran berbanding daripada tokoh dari Negara Malaysia.
  • Ulama yang berkeahlian dalam bidang Quran dan Hadith harus memainkan peranan dalam memperkayaan lagi ilmu dalam bidang ini supaya dapat memberi manaafat kepada masyarakat islam dunia umumnya dan masyarakat islam Malaysia khususnya.
  • Keperluan kepada tafsiran yang berupa global (antarabangsa) amat diperlukan kerana tafsiran yang terlalu glokal (setempat) hanya akan menghadkan pemahaman kitab-kitab tafsir tersebut hanya kepada ulama setempat sahaja. Ini hanya akan membataskannya kepada ulama yang lebih memahami sosio budaya, bahasa dan amalan masyarakat setempat. Tafsir Nur Al-Ihsan contohnya mengandungi pemahaman dan lenggok bahasa yang hanya betul-betul dikuasai oleh masyarakat utara Malaysia dan ini akan sedikit menjejaskan pemahaman masyarakat lain di Malaysia.
  • Harus ada inisiatif untuk mengumpulkan karya tafsiran surah-surah tertentu dan melakukan kesinambungannya supaya ianya menjadi lengkap tafsiran 30 juzuk Al-Quran. Ini supaya tidak berulangnya sejarah kehilangan manuskrip dan catatan ulama-ulama yang telah memulakan usaha tafsiran apabila mereka telah meninggal dunia.



Abul Sufi,


A001
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)," (Al-'Alaq 96:1)

Tuesday, 6 March 2012

Iman Dan Kehidupan

A001

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama dan guru-guru serta sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya.

Sebagai anak yang baru belajar serta masih mentah, ana telah mula didedahkan dengan subjek pertama yang penting iaitu yang berkaitan dengan akidah oleh: PROF. MADYA DR. MOHD FAUZI BIN HAMAT. Tugasan yang diberikan adalah berkenaan kesan rukun iman dalam kehidupan manusia dan ana telah memilih "Beriman Kepada Allah" sebagai tajuk perbincangan. Berikut adalah petikan dari tugasan ana.








Pengenalan Kepada Tauhid

Matlamat utama pendidikan akidah Islam ialah mendidik manusia supaya mengakui keesaan dan ketunggalan Allah swt sebagai tuhan yang wajib disembah. Tiada sekutu bagiNya. Ini dijelaskan oleh Allah swt dalam firmanNya yang bermaksud: 9


Bismillah
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani."
A001
"Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;" (Al-Ikhlaas 112:1
A002
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; (Al-Ikhlaas 112:2
A003
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; (Al-Ikhlaas 112:3
A004
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".(Al-Ikhlaas 112:4)




Ayat di atas mendidik manusia supaya mengaku keesaan dan kekuasaan Allah swt. Ayat ini diturunkan di Makkah di awal perkembangan Islam. Oleh kerana akidah merupakan asas kepada kekuatan dan pembinaan Islam sebagai ad-Din maka wahyu-wahyu yang terawal yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw menjurus kepada pendidikan akidah bagi menanam keyakinan yang teguh dalam jiwa manusia tentang keesaan Allah swt.10


Melahirkan manusia yang patuh dan tunduk kepada Allah swt .Pendidikan akidah juga penting untuk mendidik manusia supaya patuh dan tunduk kepada kebesaran dan keagongan Allah swt. Membentuk keperibadian insan. Sebagaimana acuan dapat membentuk dan mencorakkan air kandungannya maka demikianlah akidah dapat membentuk dan mendidik orang yang mengambilnya menepati dengan hakikat dan tabiat kemanusiaan yang tulen dan asli seperti yang dikehendaki oleh penciptanya. Pendidikan akidah dapat membentuk sifat-sifat nalurinya, akal fikirannya, iradahnya dan perasaannya. 11

Ringkasnya pendidikan akidah bermatlamat untuk membentuk nilai akhlak dan keperibadian seseorang insan yang akan mencorakkan suluk amali atau gerak laku amal perbuatan selaras dengan peranan dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah swt di muka bumi ini. Menurut Mohd Sulaiman Yasin (1987), Akidah Islam ialah akidah yang bersumberkan ketuhanan (akidah Rabbaniyyah) yang tetap, syumul, menyeluruh dan fitrah. Tabiat akidah yang demikian ialah akidah yang kukuh dan teguh. Hanya akidah yang teguh sahaja dapat membentuk manusia yang teguh dan kukuh. Kekukuhan dan keteguhan akidah ialah kerana kekukuhan dan keteguhan ciri-ciri yang menjadi kandungan akidah itu, yang merangkumi segala hakikat iaitu hakikat ketuhanan, hakikat alam semesta dan hakikat kemanusiaan serta nilai-nilai kebenaran, kebaikan dan keindahan. Kekukuhan akidah inilah yang akhirnya menjadi sumber kekuatan Islam. Itulah hakikat kekuatan umat Islam, kekuatan jiwa dan rohani serta peribadinya yang menjadi asas kepada kekuatan jasmaninya. 12

Tauhid Rububiyah
Tauhid Rububiyyah bermaksud mengimani dan yakin bahawa Allah swt sahaja Tuhan yang mencipta alam ini.13 Mentauhidkan Allah swt sebagai pencipta, pengurus, pentadbir, pengatur, pemerintah, pendidik, pemelihara dan pengasuh sekelian alam. Banyak ayat-ayat al-Quran yang menyebut tentang tauhid Uluhiyah ini. Antaranya firman Allah yang bermaksud:14 

A019
"Tidakkah engkau telah nampak dan mengetahui bahawa Allah telah menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat? Jika Ia kehendaki nescaya dibinasakanNya kamu (dengan sebab kekufuran kamu) dan didatangkan pula dengan makhluk-makhluk yang baharu." (Ibrahim 14:19)



Dalam beberapa ayat yang lain Allah swt menyebut bahawa orang-orang kafir juga percaya kepada Rububiyah Allah swt dengan mengaku bahawa Allah swt adalah pencipta langit dan bumi. Firman Allah swt yang bermaksud: 14 


A087
"Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?" (Az-Zukhruf 43:87)




Tauhid Uluhiyah
Beriman kepada Uluhiyyah Allah swt bermaksud yakin bahawa Allah swt sahaja Tuhan yang patut disembah, dipohon segala doa, dipatuhi, dicintai, ditakuti, dan tawakkal kepadaNya. Seterusnya mnerima segala hukumNya dengan yakin dan redha. Ringkasnya Tauhid Uluhiyyah ini menuntut seseorang meyakini kemutlakan kekuasaan Allah swt yang menjadi tempat tumpuan segala makhluk sama ada dari segi sembahan atau memohon segala doa dan hajat.15 Keyakinan ini menetapkan bahawa hanya Allah swt sahaja yang berkah menentukan hukum dan peraturan bagi seluruh makhluk di alam ini.  Di antara ayat al-Quran yang membicarakan tentang Uluhiyyah Allah swt adalah seperti berikut. Firman Allah swt yang bermaksud: 16 



A005
"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan." (Al-Faatihah 1:5)

Sesungguhnya kebanyakan manusia sejak dahulu hingga kini mengakui Tauhid Rububiyyah Allah swt dengan mengakui bahawa Allah swt menciptakan langit dan bumi serta sekelian alam ini. Tetapi mereka ingkar secara perkataan dan perbuatan terhadap Uluhiyyah Allah swt seperti beribadat kepada yang lain dari Allah swt serta tidak melaksanakan syariat dan hukum Allah swt dalam kehidupan ini.


Keselarasan di antara Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah adalah penting untuk memastikan keimanan yang sejati terhadap Allah swt. Ini adalah kerana Tauhid Rububiyyah adalah adalah merupakan pengakuan bahawa Allah swt adalah sumber cipta. Sementara Tauhid Uluhiyyah ialah suatu pengakuan bahawa Allah swt adalah Tuhan yang wajib disembah dan tempat tumpuan sekelian makhluk. 17 


Kesan Tauhid Kepada Kehidupan Manusia
Pengakuan tauhid banyak memberi kesan kepada kehidupan manusia dan kerugian akan menimpa kepada manusia yang tidak beriman kepada allah s.a.w. Antara kesannya adalah: 18

·         Orang yang beriman dengan kalimah tauhid tidak mungkin mempunyai pandangan yang sempit. Sesungguhnya, ia telah beriman kepada allah yang mencipta langit dan bumi iaitu tuhan sekalian alam. Baginya tiada suatu keganjilan pun di alam ini setelah ia beriman, kerana segala yang ada padanya adalah milik mutlak allah bahkan ia menjadi orang yang mempunyai pandangan luas, tidak ada sesuatu yang menyempitkan kerana semuanya milik Allah Taala. Ini adalah suatu perkara yang tidak mungkin dicapai oleh seseorang yang mengatakan Tuhan berbilang, atau orang yang mengitikadkan Allah mempunyai sifat-sifat manusia yang mempunyai kekurangan dan yang terhad, atau orang yang tidak mengenal Allah sama sekali.

·         Sesungguhnya percaya akan kalimah tuhan itu esa boleh membina kemurnian dan kemuliaan jiwa di dalam diri manusia kerana hanya Allah adalah pemilik hakiki setiap kekuatan yang ada dalam alam ini. Tiada yang memberi mudrat dan tiada yang memberi manfaat melainkan Dia. Pada waktu yang sama, mengimani kalimah ini akan menimbulkan tawadhu dalam diri manusia. Orang yang mengatakan tiada Tuhan melainkan Allah, tiada mungkin menjadi orang yang angkuh dan takabbur. Ia sentiasa murka kepada syaitan tipuan dan akan dilawannya dengan kekuatan dan keupayaannya. Ia mengetahui dan menyakini bahawa Allah lah yang memberi Allah jugalah yang berkuasa menghilangkannya jika dikehendakiNya.


·         Dengan menghayati kalimah tauhid, manusia tidak akan mengalami putus asa dan patah hati dalam setiap suasana. Beriman kepada Zat yang bagiNya perbendaharaan langit dan bumi, Zat yang tidak dapat dihitung nimat dan kurnia nya dan tiada dapat diukur kekuatanNya pasti akan dikurniakan rasa tenang luar biasa, rasa tenteram dan penuh cita-cita. Maka datang perasaan Allah tiada pernah lupa daripadanya dan tidak akan membiarkannya bersendirian menyebabkan manusia sentiasa berusaha dengan sungguh-sungguh, terus menerus menyerahkan din dan memohon pertolongan daripadaNya dalam setiap keadaan. Adapun orang-orang kafir dan musyrik, mereka mempunyai hati yang lemah, berpegang kepada kekuatan yang terhad, berputus asa dan patah hati akan menimpa mereka dalam keadaan sukar. Kadang-kadang penderitaan ini mendorong perbuatan bunuh din.

·         Mengimani kalimah tauhid dapat mendidik manusia untuk mempunyai keazaman, maju ke depan, sabar, tetap pendirian dan tawakkal dalam melaksanakan pekerjaan didunia ini untuk memperolehi keredhoan Allah. Ia mempunyai keyakinan yang sempurna bahawa di belakangnya berdiri kekuatan pemilik langit dan bumi, yang pasti menolong dan membimbingnya pada setiap perjalanan yang ditempohi. Oleh itu manusia akan memperolehi ketetapan hati dan keteguhan azam yang tidak sesekali goyang dari landasan hidup. Ini sudah pasti berlainan dengan kesyirikan dan kekufuran yang tidak akan mempunyai kekuatan dan ketetapan hati yang seperti ini.

·         Yang paling penting adalah dengan beriman bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah menyebabkan manusia terikat kepada undang-undang Allah dan patuh kepada undang-undang tersebut. Seorang mukmin yang beriktiqodnya sesungguhnya meyakini bahawa Allah mengetahui segala-galanya. Segala perbuatan dan gerak geri samada yang zahir mahupun yang tersembunyi dihati Allah lah yang maha mengetahui. Maka apabila iman itu telah tetap dalam diri seorang mukmin, ia akan mengikut hukum Allah, berdiri pada sempadannya. Ia tidak akan melakukan apa yang diharamkan Allah. Ia akan bersegera berbuat kebaikan dan mengamalkan apa-apa yang diperintahkan Allah, walaupun di dalam malam yang gelap atau dalam keadaan bersendiri dan terasing. Oleh kerana itu, beriman kepada Allah telah diletak sebagai syarat penting pula untuk menjadikan manusia itu seorang Muslim. Seorang muslim yang beriman pula ialah hamba yang taat dan terikat hanyalah kepada Allah Taala.

Iman bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah adalah rukun yang penting yang bersifat asasi dalam pengajaran Nabi s.a.w. 19 Ia adalah pusat dan asal agama Islam itu sendiri. Ia merupakan sumber kekuatan diri, itiqad-itiqad islami, hukum dan undang-undangnya yang kesemuanya berdiri teguh di atas asas ini. Oleh itu kekuatan Islami dalam diri seseorang itu akan mudah tanggal apabila asas tauhid iaitu beriman kepada Allah tidak kukuh atau hilang dari hati seorang muslim.



Kesimpulan

Kepentingan beriman kepada Allah akan membentuk seseorang yang mempunyai keperibadian yang unggul yang akhirnya akan dijelmakan melalui tingkah-laku, percakapan dan gerak-geri seseorang. Akidah Islam yang telah meresap ke dalam jiwa akan menimbulkan kesan di antaranya dapat digariskan seperti berikut:

·         Akidah Islam melahirkan insan yang yakin kepada Allah swt yang maha esa. Lantaran itu menggerakkan seluruh tingkah-lakunya, percakapannya dan gerak-gerinya untuk mencari keredhaan Allah swt.

·         Akidah Islam melahirkan insan yang teguh pendiriannya, mempunyai perinsip dan tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran dimana manusia mampu membezakan dan memilih nilai-nilai yang positif serta menolak nilai-nilai negatif. Ianya juga dapat memberi ketenangan tanpa mudah putus asa atau hilang harapan dimana manusia akan lebih bersifat redho dan tawa’dhu dalam menghadapi cabaran kehidupan zaman moden ini.

·         Akidah Islam melahirkan manusia yang sanggup berjihad ke jalan Allah swt walaupun harta dan nyawa menjadi taruhan. Pada zaman ini walaupun tidak jihad dengan nyawa, masih ramai pendakwah yang berjihad dijalan Allah untuk menyebarkan kebenaran Islam terutamanya kepada manusia yang masih kafir.

·         Akidah Islam melahirkan insan soleh. Insan yang melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala larangan dan kemungkaran. Ia juga dapat memberi kesan dimana perubahan dari sifat-sifat buruk seperti hasad dengki, sombong, takabur dan seumpamanya kepada akhlak-akhlak yang terpuji. Oleh itu tiada jenayah yang berlaku kerana manusia yakin kepada hari pembalasan.



Abul Sufi,

A003
"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-Maaidah 5:3)