Title Bar

Thursday, 10 May 2012

Pengajian Teks Al-Quran


A001

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama dan guru-guru serta sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya.

Dalam post sebelum ini ana telah terangkan mengenai 2 kursus yang hampir sama iaitu "Pengajian Teks". Jika dalam post tersebut ana menerangkan mengenai kursus Pengajian Teks Al-Hadith, Kini ana post kan pula mengenai "Pengajian Teks Al-Quran". Pensyarah yang bertugas dalam kursus ini adalah Ustaz yang sama mengajar ana pada semester lepas melalui teras Al-Quran iaitu kursus Tafsir Mawdu'i (Tafsir Al-Quran Bertema). Beliau yang ana maksudkan ialah: PROFESSOR DATUK DR. MOHD YAKUB @ ZULKIFLI BIN MOHD YUSOF. Namun sama seperti dalam kursus yang lepas, ujian bertulis telah diberikan sebagai ganti kepada tugasan bagi memenuhi kerja kursus iaitu sebanyak 20% markah keseluruhan. Hanya pada semester yang lepas ana meminta tugasan dari beliau sebagai ganti kerana ketika ujian diadakan, ana sedang mengerjakan fardhu haji. Oleh itu tiada tugasan yang dapat ana postkan disini tetapi sebagai ganti, ana akan postkan mengenai sebahagian daripada teks Al-Quran yang di telah disyarahkan beliau dalam kelas.




Diantara teks Al-Quran yang telah beliau syarahkan adalah Surah Al-Nahl : Ayat 10-18. Ayat-ayat ini juga telah beliau gunakan dalam ujian bertulis pada 29/04/2012. 

A010
Dia lah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak: makan padanya. (Al-Nahl 16:10)
A011
Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir. (Al-Nahl 16:11)
A012
Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya. (Al-Nahl 16:12)
A013
Dan apa-apa jua yang dijadikan untuk kamu di bumi yang berlainan jenisnya (dimudahkan juga untuk kegunaan kamu). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi kaum yang mahu mengingati nikmat Allah itu. (Al-Nahl 16:13)
A014
Dan Dia lah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur. (Al-Nahl 16:14)
A015
Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju. (Al-Nahl 16:15)
A016
Dan (Ia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan, dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju. (Al-Nahl 16:16)
A017
Kalau sudah demikian, adakah Allah yang menciptakan semuanya itu sama seperti makhluk-makhluk yang tidak menciptakan sesuatu? Maka patutkah kamu lalai sehingga kamu tidak mahu beringat serta memikirkannya? (Al-Nahl 16:17)
A018
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Nahl 16:18)


KESIMPULAN

  1. Pada ayat 10, Allah gunakan perkataan "Maa-a" sebagai air hujan berbanding "Ma-Tho-Ro" kerana perkataan itulah yang paling sesuai untuk menggambarkan air yang turun dari langit dengan membawa banyak nikmat serta faedah bagi manusia. Berlainan dengan perkataan  "Ma-Tho-Ro" yang memberi maksud hujan azab sebagai balasan dari Allah.
  2. Air yang diturunkan oleh Allah adalah untuk dikongsi dengan semua kehidupan dibumi. Sebahagian untuk manusia, sebahagian untuk tumbuh-tumbuhan dan sebahagian lagi untuk ternakan (haiwan-haiwan). Ini melambangkan air itu sebagai sumber kehidupan diatas muka bumi ini dan manusia bertugas sebagai khalifah harus memikul amanah dengan memelihara sumber tersebut.
  3. Pada ayat 11-13, Allah mengajar manusia tentang benda-benda yang dijadikan NYA untuk kegunaan manusia sesuai dengan kedudukan manusia sebagai khalifah muka bumi. Manakala pada setiap akhir ayat pula Allah suruh manusia berfikir, fahami dan sentiasa ingat tentang nikmat-nikmat tersebut supaya manusia tidak lupa atau tersesat daripada melaksanakan tugas yang diamanahkan.
  4. Pada ayat seterusnya Allah memberitahu yang dia menundukkan laut supaya manusia dapat ambil manafaat darinya seperti belayar, makan hasil lautan, hasil laut yang dijadikan perhiasan serta pelbagai lagi nikmat yang lain supaya manusia sentiasa bersyukur kepadanya. Ini adalah bukti kekuasaan Allah kerana manusia tidak mungkin dapat mengawal lautan atau mengambil manafaat darinya tanpa izin dan pertolongan dari Allah.
  5. Seterusnya pada ayat 15-16, Allah memberitahu kegunaan gunung-ganang adalah sebagai pasak bumi supaya tidak bergoncang (gempa bumi), sungai-sungai sebagai laluan dimuka bumi, bintang-bintang sebagai penunjuk arah untuk sampai ke sesuatu destinasi.
  6. Dan pada ayat 17&18, Allah menempelak serta mencabar manusia supaya berfikir tentang semua ini. Allah gunakan perkataan "Nikmah" (mufrad) kerana dengan satu nikmat sahaja manusia tidak dapat menghitungnya apatah lagi untuk menghitung semua nikmat-nikmat yang diterangkan dalam ayat sebelumnya.
  7. Akhir ayat, Allah suruh manusia bertaubat atas kelemahan, kelalaian dan kejahilannya sedangkan Allah itu maha pengampun dan maha mengasihani.


Nota: Ayat dibawah ini untuk dirujuk dengan kesimpulan 1:

A084
Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan(Al-A'raaf 7:84) 


Abul Sufi,


A004

Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil". (Al-Muzzammil 73:4)

No comments:

Post a Comment