Title Bar

Thursday, 17 May 2012

Al-Fatihah


A001

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama dan guru-guru serta sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya.


Pada hari Rabu 16/05/2012 (24 Jamadilakhir 1433), ana mengalami kesedihan yang amat berat kerana telah kehilangan seorang sepupu yang amat-amat rapat dengan ana. Kronologi kesusahan beliau memang panjang. Antara yang ana dapat catatkan disini adalah seperti berikut: telah berkahwin + - 10 tahun dulu namun belum memiliki cahaya mata, lumpuh separuh badan dari pinggang ke bawah secara tiba-tiba semasa bangun dari tidur + - 6 tahun dulu serta hilang punca pendapatan, berubat dimerata tempat dan akhirnya hampir pulih dan dapat berjalan menggunakan tongkat + - 4 tahun lepas, tidak menerima sebarang tuntutan daripada socso dan melalui proses birokrasi yang amat panjang, dimasukkan ke hospital klang 27/04/2012 (kerana darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan perlu potong kaki kanan paras bawah lutut), di potong kaki kanan lagi paras atas lutut minggu lepas, dijadualkan untuk buang seluruh kaki kanan pada 15/04/2012 kerana semuanya telah rosak dan membusuk.Mengalami muntah darah pada maghrib 15/04/2012 dan dibawa ke ICU. Nazak pada 16/04/2012 + - 03.00 pagi. Akhirnya disahkan meninggal dunia pada 16/05/2012 @ 5.50am. Semoga Allah mengampunkan segala dosa beliau, menggantikan segala kesusahannya sebagai kafarah penghapus dosa dan menempatkan beliau bersama orang-orang yang beriman.








Abul Sufi,


A035


Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (Al-Anbiyaa' 21:35)

No comments:

Post a Comment