Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama dan guru-guru serta sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya.
Jika dalam pengajian Al-Quran sebelum ini ana di perkenalkan dengan Tafsir Mawdui', dalam pengajian Hadith juga terdapat kursus Hadith Mawdui'. melalui pengajian ini peserta diperkenalkan dengan membaca hadith yang bertajuk mengikut kehendak penyampaian penulis. Dalam kursus ini ana telah menyediakan tugasan yang bertajuk kelebihan infaq menurut prespektif Al-Quran dan Al-Hadith. Tugasan ini ana sediakan untuk ustaz ana iaitu: DR. MOHAMAD KAMIL BIN HJ ABDUL MAJID. Pada semester sebelum ini Dr Mohamad Kamil telah mengajar teras akidah iaitu melalui kursus aliran pemikiran moden dan dalam semester ini beliau telah mengajar kami melalui kursus Hadith Mawdui'. Tugasan ini ana sediakan untuk beliau bukan sahaja sebagai sebahagian dari keperluan kerja kursus, namun sebagai bantuan rujukan untuk beliau menulis artikel mengenai infaq bagi keluaran makalah dari YAPEIM. Berikut adalah petikan dari tugasan ana:-
PENGENALAN
Definasi Infaq
Istilah infaq adalah berasal dari
bahasa arab iaitu al-infaq. Kata al-infaq adalah mashdar (kata nama) dari kata
anfaqa–yunfiqu–infaq. Perkataan ini memberi makna mengeluarkan atau
membelanjakan harta. Istilah ini amat berbeza dengan pemahaman masyarakat
kita yang sering mengaitkan infaq dengan sumbangan kewangan kepada masjid dan
anak-anak yatim semata-mata sedangkan makna asal perkataan tersebut adalah
lebih luas. Secara mudah bolehlah disimpulkan bahawa infaq adalah apa sahaja
harta yang dikeluarkan atau dibelanjakan kerana Allah bagi tujuan kebaikan.
Sebagai contoh mari kita lihat ayat quran berikut:
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء
بِمَا فَضَّلَ اللّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُواْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ
“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah
melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain , dan karena mereka
telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka.” (An-Nisa: 34)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ
أَنفِقُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ
الأَرْضِ
“Hai orang-orang yang beriman, keluarkanlah zakat sebagian dari hasil usahamu
yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” (Al-Baqarah:
267)
Perbezaan Infaq Dan Zakat
Oleh kerana kurangnya
pemahaman masyarat umum tentang istilah infaq, zakat dan sedekah, maka saya
cuba mengupas sedikit sebanyak tentang perbezaan antaranya supaya dapat
memudahkan masyarakat umum dalam beramal. Saya akan mulakan dengan menerangkan
tentang perbezaan antara infaq dan zakat. Asal perkataan zakat adalah bermula
dari perkataan “zaka” yang dari segi bahasa bermaksud “bersih”, “suci”,
“subur”, “berkah” dan “berkembang”. Manakala menurut istilah syariah, “zakat
adalah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang
berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak”. 2 Berbeza dengan infaq, zakat adalah salah satu dari
rukun islam yang telah difardhukan ke atas tiap-tiap orang islam yang memenuhi syarat-syaratnya
sesuai dengan firman Allah Ta’ala:
وَأَقِيمُوا الصَّلاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat”.
(An-Nur: 56)
قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا
“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang
sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)”. (As-Syams:
9)
Perbezaan Infaq Dan Sedekah
Seterusnya mari kita lihat
apakah perbezaan antara infaq dan sedekah. Sedekah adalah setiap perbuatan
baik yang dapat memberikan manafaat bagi diri sendiri dan juga orang lain.
Sebagai contoh setiap doa, nasihat, senyuman, membuang duri dari jalanan bahkan
dalam soal berjimak dengan isteri adalah dikira sebagai suatu sedekah. Dalil
tentang sedekah yang tidak dianggap infaq adalah seperti dibawah: 4
"Senyumanmu untuk saudaramu
adalah sedekah" (H.R. Bukhari Kitab Adab)
"Doa keselamatan yang datang
dari salah seorang di antara kamu sekalian akan menjadi sebuah amal sedekah.
Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah
sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap suruhan kepada kebaikan adalah
sedekah, dan larangan kemungkaran adalah sedekah. Sedekah juga dapat diperoleh
melalui shalat dhuha 2 rakaat" (H.R. Bukhari no. 2989, Muslim no. 1668).
"Dalam tubuh manusia terdapat
360 persendian (ruas tulang), maka wajib bagi setiap persendian diberi sedekah.
Lalu mereka bertanya, siapa yang mampu melaksanakan semua itu wahai Rasulullah?
Nabi SAW menjawab, kamu cukup menutup (membersihkan) air ludah yang ada di
dalam masjid dan menyingkirkan sesuatu yang menghalangi jalan …. seterusnya ….
Jika itu semua tidak mampu engkau laksanakan, cukuplah bagimu melaksanakan 2
rakaat shalat dhuha" (H.R. Abu Daud, Kitab Shalat no. 1285,
1286, 5243).
KELEBIHAN
INFAQ DALAM ISLAM
Infaq Menurut Al-Quran Dan Hadith
Berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan
AL-Hadith, perbuatan menginfaqkan sebahagian harta kejalan Allah amat dituntut
dalam agama. Antara hikmah menginfaq sebahagian harta kepada golongan tertentu
yang memerlukan adalah supaya pengagihan kitaran kekayaan dapat dilakukan
secara adil dan saksama dalam sesebuah masyarakat. Tuntutan ini dilihat bukan
sahaja dapat mengelakkan berlakunya monopoli harta dalam kelompok individu
tertentu namun ianya dapat membersihkan jiwa manusia daripada sifat mazmumah
seperti tamak, bakhil dan individualistik. Terdapat banyak anjuran untuk ber infaq
telah diceritakan dalam Al-Quran dan Al-Hadith, antara contohnya seperti yang
terdapat dalam hadith Qudsi adalah seperti berikut: 5
“Wahai Bani Adam ! lakukanlah
infaq, pasti Aku akan limpahkan kurnia kepadamu. Sesungguhnya nikmat dan
kelebihan Nya, sangat penuh berlimpah ruah, tidak susut sedikitpun baik siang
maupun malam.”
Dalam hadith ini Allah telah memerintahkan
manusia supaya melakukan infaq dan membelanjakan sebahagian dari rizqi yang
telah dikurniakan untuk diberikan kepada fakir, miskin dan orang yang sangat
memerlukannya supaya mendapat kebaikan dan kemanafaatan orang ramai. Allah juga
telah berjanji untuk pasti serta tetap akan membalas infaq dan perbelanjaan
yang telah dikeluarkan oleh hambanya itu dengan ganjaran yang berlipat kali
ganda.
Infaq Di Zaman Sekarang
Pada zaman sekarang dimana orang
islam telah jauh ketinggalan berbanding dengan orang bukan islam terutamanya
dari sudut ekonomi, seharusnya menyebabkan orang islam berasa malu dan cuba untuk
mengatasinya dengan cara balik kepada panduan agama islam. Jika dikaji punca
permasaalahan ini maka salah satu penyebab utamanya adalah disebabkan oleh
orang islam sendiri telah mula meninggalkan anjuran agama seperti untuk
melakukan infaq. Ini amat bertepatan dengan hadith tentang sifat manusia yang
tertarik kepada harta kekayaan serta bersifat bakhil untuk mengeluarkan belanja
untuk faedah orang ramai iaitu: 7
لَوْ كَانَ لاِبْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ مَالٍ ؛ لاَبْتَغَى ثَالِثاً , وَلاَ يَمَلأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلاَّ التُّرَابُ , وَيَتُوْبُ الله عَلَى مَنْ تَابَ
“Seandainya anak Adam memiliki dua
lembah harta; pasti ia menginginkan yang ketiga, sedangkan perut anak Adam
tidaklah dipenuhi kecuali dengan tanah, dan Allah memberi taubat-Nya kepada
yang bertaubat.” (HR. Bukhari: Jilid 4 No 1739 & Muslim: Jilid 2 No 1010)
إِنَّ لِكُلِّ أُمَّةٍ فِتْنَةً وَفِتْنَةُ أُمَّتِي الْمَالُ
“Sesungguhnya setiap umat
mendapatkan fitnah dan fitnah umat ini adalah harta.” (HR. Tirmizi)
Wakaf Sebagai Cara Berinfaq
Pada zaman sekarang terdapat banyak
cara dan saluran yang boleh dimanafaatkan oleh seseorang individu untuk
melaksanakan infaq. Antaranya adalah melalui kaedah wakaf. Ibadah wakaf memang telah
wujud sejak sekian lama; sebagai contoh terdapat tanah-tanah yang telah
diwakafkan oleh masyarakat terdahulu untuk tujuan pembinaan masjid, surau,
sekolah agama dan tapak perkuburan. Di Negeri Selangor, antara tugas Majlis
Agama Islam Selangor (MAIS) adalah bagi menguruskan harta-harta wakaf tersebut.
Melalui Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) tahun 1999, satu prosedur pendaftaran
tanah wakaf telah diwujudkan bagi mengenal pasti harta-harta wakaf dan
didaftarkan di atas nama MAIS sebagai pemegang amanah bagi mengatasi sebarang masalah
di samping ingin memperkasakan harta wakaf supaya dapat dimanfaatkan oleh orang
ramai.
KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat kita ambil
melalui aktiviti infaq adalah; perbuatan menginfaqkan sebahagian harta kejalan
Allah amat dituntut dalam agama kerana selain ianya berfungsi sebagai
perbersihan jiwa individu daripada sifat mazmummah, ianya juga dapat berfungsi
sebagai ikatan kasih sesama manusia dan pengagihan kitaran kekayaan secara adil
dan saksama dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu ianya harus dilihat sebagai hubungan
dua hala seorang insan iaitu penghubung sesama manusia dan tali pengikat antara
hamba dengan tuhannya.
Terdapat banyak cara perlaksanaan
infaq dan salah satunya adalah melalui kaedaf wakaf. Walaupun wakaf dapat
dilaksanakan melalui individu atau secara kumpulan namun perlaksanaan wakaf melalui
suatu badan bertauliah dilihat dapat menguruskan dan melaksanakan aktiviti
infaq secara lebih teratur dan professional didalam skala yang lebih besar dan
berkesan.
Akhir sekali janganlah kita lupa
bahawa infaq juga termasuk dalam salah satu cara beramal setelah kita meninggal
dunia iaitu sebagai pahala sadaqatul jariyah seperti yang telah diriwayatkan
dari baginda s.a.w. iaitu:
إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ،
صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يَنْتَفِعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ
“Apabila seorang anak Adam
meninggal maka terputuslah amalnya kecuali karena tiga hal; Shadaqah jariyah,
Ilmu yang bermanfaat dan Anak shaleh yang mendoakannya.” (HR. Muslim: 1614)
Abul Sufi,
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. (Al-Baqarah 2:268)