Title Bar

Saturday, 2 December 2017

Rehlah Vietnam - 25/11/2017 - 29/11/2017

 

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama dan guru-guru serta sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya.

Alhamdulillah, atas permintaan isteri tercinta, maka sedikit waktu yang terluang ini ana akan tumpukan lebih perhatian kepada zaujati untuk rehlah ke Vietnam (nak shopping ler tu - Hehehehe).

Kenangan ke Jepun masih segar di ingatan namun kali ini ana dan isteri rehlah ke Vietnam sebagai penutup trip luar negara tahun ini. Posting seterusnya nanti adalah lebih kepada snap shot perjalanan kami agar pembaca dapat mengambil manafaat atas setiap maklumat dan perancangan yang ana kumpulkan. Semoga Allah memberkati kami, keluarga kami, saudara mara, sahabat dan sekelian umat islam dengan usaha kami yang sedikit ini bagi memenuhi tuntutan ayat 13 dari surah al-Hujuraat dalam setiap rehlah yang kami lakukan sama ada dahulu, kini dan akan datang. Aminn.

1. Destinasi : Vietnam


2. Perancangan : Senarai aktiviti



3. Penginapan : Studio House


Kami suka menggunakan airbnb untuk lebih privacy,
klik link dibawah untuk dapatkan kupon promosi berharga RM 105/=: 
www.airbnb.com/c/osmana624

4. Pengangkutan : Majoriti menggunakan bas kecuali balik dari tempat peginapan ke airport guna teksi rasmi Vinasun
(Jangan guna teksi tak rasmi/grab/uber dll kerana anda akan dikenakan caj yang tidak masuk akal)
(Untuk ke dataran Mekong dan Chu Chi Tunnel, kami gunakan pakej yang banyak dijual sekitar pasar Ben Thanh)





5. Impian : Dataran Mekong, Chu Chi Tunnel dan Pasar Ben Thanh (shopping)







Abul Muhammad,

Hai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.” (al-Hujuraat: 13)

No comments:

Post a Comment