Title Bar

Monday, 29 May 2017

Rehlah Jepun - 04/05/2017 - 11/05/2017

 

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama dan guru-guru serta sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya.

Alhamdulillah, setelah selesai bertungkus lumus dengan pelajaran, ana telah merancang untuk melakukan Rehlah bersama keluarga terutamanya bersama isteri tercinta. Memandangkan isteri ana telah banyak berkorban masa dan sentiasa menyokong apa yang ana lakukan selama ini, maka sedikit waktu yang terluang ini ana akan tumpukan lebih perhatian kepada zaujati.

Oleh kerana ana dan keluarga telah menjelah hampir keseluruh Malaysia bersama, maka tumpuan ana kali ini adalah rehlah ke luar negara. Perancangan untuk tahun ini adalah Jepun bagi memenuhi hajat isteri ana untuk melihat bunga Sakura secara live didepan mata. Maka ana pun membuat kejutan kepada beliau sempena anniversary perkahwinan yang menjangkau 22 tahun disamping honeymoon berdua yang dahulunya agak sukar untuk kami lakukan. Posting seterusnya nanti adalah lebih kepada snap shot perjalanan kami agar pembaca dapat mengambil manafaat atas setiap maklumat dan perancangan yang ana kumpulkan beberapa bulan sebelum setiap rehlah dilaksanakan. Semoga Allah memberkati kami, keluarga kami, saudara mara, sahabat dan sekelian umat islam dengan usaha kami yang sedikit ini bagi memenuhi tuntutan ayat 13 dari surah al-Hujuraat dalam setiap rehlah yang kami lakukan sama ada dahulu, kini dan akan datang. Aminn.

1. Destinasi : Jepun


2. Perancangan : Senarai aktiviti


3. Penginapan : Apartment/Homestay/Hostel/Tube/Hotel


4. Pengangkutan : Majoriti menggunakan keretapi (Bullet train-Senarai bucket list)/subway/trem/bus






5. Impian : Gunung Fuji/Bunga Sakura/King Crab/Bullet Train/Akihabara (Bandar Anime)








Abul Muhammad,

Hai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.” (al-Hujuraat: 13)

No comments:

Post a Comment