Title Bar

Tuesday, 19 February 2013

Fiqh Sunnah 2 - Tugasan

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama, guru-guru, mukminin dan mukminat serta sekelian muslimin dan muslimat keseluruhannya.

Hari pertama kuliah USTAZ PAUZI HAJI AWANG. dah beri assignment. Dari 20 tajuk antara yang konfiden untuk dipilih satu adalah dari:

1) Kahwin kitabiah mengikut hukum islam
2) Poligami: antara hukum dan hikmahnya
3) Wali: Hukum dan kedudukannya dalam islam atau Wali Fasik
4) Falsafah/pandangan salah seorang imam mazhab 4
5) Khomar/Arak: antara kepentingan ekonomi dan keburukan terhadap masyarakat.

Antara pesanan awal Ustaz Pauzi kepada para pelajar ialah:

A) Assignment yang dibuat ikut standard international sebab lepas ini masyarakat akan rujuk kami sebagai Ustaz. Jadi kena jaga kualiti ilmu yang hendak disampaikan pada masyarakat nanti. (Amin).

B) Ijazah dari Ustaz Pauzi minggu ini kami diminta mengamalkan zikir "laillahhaillaloh" sebanyak 70,000 kali secara sempurna mengikut adab dan tertibnya (zikir tanpa wudhu/sambil memandu/tidak tertib tidak dikira). Kalau selesai sebelum pertemuan akan datang, diminta tambah lagi 70,000 kali. (Allah humma robbi yasir wala tu assir)

C) Pertemuan akan datang Ustaz akan mengijazahkan amalan baru untuk diamalkan oleh pelajar sebagai usaha mendapat ketenangan, kebahagiaan dan keberkatan ilmu yang dipelajari.(Amin)
Abul Sufi,
 
 
A017

Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu) (Al-Qiaamah 75:17)

No comments:

Post a Comment