Semester ini untuk kursus Fiqh sunnah 2 bermula dengan tajuk perkahwinan lagi. Kuliah disampaikan oleh USTAZ PAUZI HAJI AWANG. Sementara semester lepas terdapat satu kursus khas yang dikendalikan oleh Dr Ahmad Faizal mengenai Pendidikan Keluarga yang berkisar tentang perkahwinan dan pembentukan sesebuah keluarga dalam islam. Oleh itu ana post kan mukadimmahnya dahulu untuk dibandingkan antara kursus semester ini dengan kursus semester lepas. (Alhamdullillah ini adalah link ke blogspot Ustaz Pauzi untuk melihat hasil tulisan beliau: http://pauziawang.blogspot.com/ )
Sebelah kiri adalah kandungan dari kursus semester lepas dan sebelah kanan adalah kandungan untuk kursus semester ini. Secara umumnya dapat dilihat bahawa kursus semester ini lebih menekannya pada tahap syariah iaitu mengenai hukum serta lain-lain pekara yang berkaitan dengan fiqh perkahwinan seperti soal hukum wajip, sunat, makruh, haram dan harus berkahwin; proses kearah perkahwinan, adat yang berkaitan, rukun dan syarat sah perkahwinan serta lain-lain perkara pada tahap syariah.
Manakala semester lepas lebih kearah usuluddin iaitu falsafah, akidah, akhlak, emosi dan perhubungan dalam perkahwinan. Antara yang diberi penekanan oleh Ustaz Dr Faisal Ahmad adalah bermula dari proses pemilihan pasangan melalui 5 langkah mencari keserasian dalam pasangan: Sekufu, Sisih/saring (Agama, Cerdik & Akhlak), Titik persamaan, Kasih sayang dan akhirnya barulah Cinta. Manakala dalam mendidik keluarga pula 7 kaedah Al-Quran mendidik manusia: Ikon, Nasihat, Hukuman, Bercerita, Kebiasaan, Pengagihan masa dan penglibatan dalam proses pendidikan tersebut.
Oleh itu dapat disimpulkan bahawa dua kursus ini kelihatan sama tetapi tidak serupa kerana sudut pendidikan dari arah syariah dan usuluddin serta penekanan kandungannya adalah berbeza matlamat.
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.(An-Nisaa' 4:3)
No comments:
Post a Comment