Fiqh siasah adalah ilmu dalam bidang berpolitik. Ilmu ini kurang dibicarakan dan disampaikan mungkin kerana suasana politik masyarakat Malaysia yang taksub terhadap politik kepartian menyebabkan adanya kekangan dalam menyampaikan ilmu siasah yang berlandaskan agama islam yang sebenar. Antara kursus yang ana ikuti dalam semester ini adalah mengenai institusi pemerintahan dalam islam. Kursus ini disampaikan oleh DR. BHARUDDIN BIN CHE PA. Tugasan yang ana siapkan untuk beliau adalah "Negara Islam Madinah Adalah Sebuah Negara Contoh" dan berikut ana postkan ringkasan tugasan tersebut.
ABSTRAK
Walaupun adanya percanggahan
pendapat dikalangan fuqaha dalam menentukan samaada sesebuah negara itu boleh
dianggap sebagai sebuah negara islam ataupun tidak, terdapat kesepakatan bahawa
negara islam madinah merupakan sebuah negara islam moden lengkap berpelembagaan
diasaskan oleh baginda Rasullullah Muhammad saw dimana ianya boleh dijadikan
sebagai model dan rujukan terbaik dalam menubuhkan atau mengklasifikasikan
bahawa sesebuah negara itu adalah sebuah negara islam ataupun tidak. Oleh
itu dalam laporan saya ini saya cuba untuk berkongsikan tentang ciri-ciri
negara islam madinah yang mempunyai persamaan dengan kerajaan dizaman ini
disamping untuk menjustifikasikan sekiranya sesebuah negara itu boleh
diklasifikasikan sebagai negara islam.
Dalam bab yang
pertama, saya telah membentangkan apakah yang disebut sebagai negara islam
serta ciri-cirinya. Kemudian saya telah menyenaraikan apakah perbezaan antara
negara islam dengan negara bukan islam. Seterusnya dalam bab kedua, saya telah
memfokuskan tentang negara islam madinah bermula dengan sejarahnya, ciri-ciri
negara islam madinah, piagam madinah dan kepentingannya sebagai perlembagaan
awal sebuah kerajaan islam dan ciri-ciri perlembagaan madinah yang diguna pakai
oleh kebanyakkan kerajaan dizaman ini sebagai asas perlembagaan mereka.
Akhirnya dalam membuat
kesimpulan, saya dapati kesan penubuhan negara islam madinah bukan sahaja telah
dijadikan contoh dalam membentuk kebanyakkan perlembagaan kerajaan dunia yang
ada dizaman ini, namun sebaliknya jika kita ingin mengembalikan kegemilangan
umat islam seperti zaman Rasullullah saw hingga ke zaman uthamniyyah, maka
sebuah kerajaan yang berpegang teguh kepada al-Quran dan as-Sunnah seperti
model negara islam madinah yang dibina oleh baginda Rasullullah saw haruslah
dibina sepertinya atau seberapa hampir dengannya.
KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat diambil melalui
penubuhan negara islam madinah ialah sejak di zaman Rasulullah saw lagi usaha
membangunkan tamadun sudah mula berjalan dimana kota madinah telah dijadikan
asas pembinaan kerajaan islam ideal yang meletakkan agama sebagai tunjang
kemajuan dan perlembagaan sesebuah negara. Masyarakat Madinah yang berbilang
bangsa dan agama, Perlembagaan Madinah dijadikan rujukan, tradisi suffah
(pendidikan) yang berkembang, pengaruh Islam yang meningkat memberikan petanda
konsep madaniyyah atau kemajuan mengikut model kerajaan Madinah telah menjadi
asas perkembangan kerajaan dunia selepasnya.
Banyak penyataan asas yang dibuat oleh kerajaan di zaman ini adalah berasal dari fasal yang termaktub didalam piagam madinah. Walaupun akta atau artikel tertentu yang dimasukkan kedalam perlembagaan sesebuah negara, ianya dibuat bagi menyesuaikan sesuatu perlembagaan menurut persekitaran, budaya dan keperluan masyarakat setempat dalam negara tersebut. Oleh itu fasal-fasal yang termaktub dalam piagam madinah masih dijadikan asas dalam perlembagaan sesebuah negara seperti dalam mentakrifkan hak sesuatu ummah dan kerakyatan sesebuah negara, fasal yang terdapat dalam piagam madinah iaitu fasal 1, 2, 3, 24, 25 dan 26 telah menjelaskan secara terperinci hak warganya dimana ianya bolehlah disamakan dengan artikel mengenai hak rakyat dalam perlembagaan Malaysia. Begitu juga lain-lain artikel dalam perlembagaan yang boleh dikaitkan dengan piagam madinah melalui beberapa penyataan asas.

Walaupun selepas peristiwa 11 September 2001 di Amerika Syarikat, Islamiphobia atau rasa takut terhadap Islam kian ketara, namun minat masyarakat Barat terhadap dunia islam dilaporkan semakin meningkat. Dengan pendekatan wasatiyyah yang dijalankan oleh pentadbiran di Malaysia disamping berfungsi sebagai pengerusi OIC, Malaysia cuba menarik minat negara islam lain termasuk negara Barat untuk memahami pendekatan yang digunakannya dalam mentadbir masyarakat berbilang kaum dan agama disamping menjadi model kemajuan dan pembangunan negara umat islam membangun yang tidak menolak kepentingan prinsip Islam.
Abul Sufi,
Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. (As-Sajdah 32:24)