Title Bar

Friday, 22 June 2012

Istighfar lah Banyak-Banyak


Bismillah

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama dan guru-guru serta sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya.

Alhamdullillah, setelah selesai ana dan rakan-rakan yang lain berhempas pulas menghadapi peperiksaan akhir semester, maka dapatlah kami menarik nafas lega kerana dapat berehat seketika sebelum memasuki semester baru bulan hadapan.


Dalam post kali ini ana cuba untuk menarik perhatian diri ana dan pembaca sekelian tentang dhoifnya kita dalam melaksanakan tanggungjawap untuk minta ampun pada Allah.


Mungkin kita akan nyatakan "Saya sudah ber istighfar setiap kali lepas solat". Baiklah, ana ingin bertanya supaya kita tersedar dari mimpi / tipudaya syaitan tersebut. Bolehkah kita menjawap secara pasti soalan dibawah supaya tidak termasuk dalam golongan yang yang dianggap lalai?


Fahamkah kita akan makna kalimah yang kita ucapkan itu?
Berapa kali kah lafas kalimah tersebut kita ucapkan?
Sedalam manakah kita menghayati kalimah yang kita ucapkan itu?
Seikhlas manakah perasaan kita apabila mengucapkannya?
Apakah perasaan / natijah  / kesan daripada ucapan tersebut?


Oleh itu terdapat banyak persoalan yang dikaitkan dengan persoalan istighfar.
Pada pandangan ana, satu ucapan yang memenuhi kehendak semua persoalan diatas lebih bermakna daripada banyak ucapan dalam keadaan lalai. Namun demikian, seperti yang ana nyatakan sebelum ini, sebagai insan yang lemah dan dhoif, kita tidak dapat lari dari melakukan  kesalahan setiap hari. Jika kekasih kita yang maksum baginda Rasullullah s.a.w. beristighfar lebih daripada 70 kali setiap hari, bagaimana pula kita yang banyak berdosa? Adakah kita berasa terlalu ego untuk beristighfar lebih daripada apa yang baginda lakukan atau sekurang-kurangnya sebanyak yang baginda amalan dalam usaha menjalani sunnah kehidupan baginda rasullullah s.a.w.


Dari itu sebagai peringatan ana post kan kalimah Istighfar Utama beserta maknanya sekali supaya kita sama-sama dapat menghayatinya. Diharap ianya dapat membantu menjawap semua persoalan di atas dan akhirnya bertepatan dengan kehendak baginda seperti dalam hadith riwayat Al-Bukhari (Jilid 7, No 150) Baginda sendiri berjanji bahawa barangsiapa yang membacanya dengan penuh penghayatan, maka dijamin syurga oleh baginda.


Ana amat yakin akan janji ini kerana ianya datang dari lisan Kekasih ana yang amat ana sayangi dan rindui iaitu banginda Muhammad Rasullullah s.a.w. Anda bagaimana?




Abul Sufi,


A017
(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. (A-li'Imraan 3:17)

No comments:

Post a Comment