Title Bar

Monday, 25 June 2012

Surah Yang Menjadi Syafaat Didalam Kubur


Bismillah

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama dan guru-guru serta sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya.

Alhamdullillah, kali ini ana post tentang kelebihan surah Al-Mulk dimana ianya akan menjadi syafaat (penolong) semasa didalam kubur. Sekiranya anda bimbang akan soalan didalam kubur (walaupun soalannya dan jawapannya telah lama di ketahui), bimbang akan kegelapan didalam kubur dan bimbang bersendirian didalam kubur, surah ini wajip kita amalkan setiap hari. Ana amat yakin akan khasiat surah ini kerana ianya datang dari lidah kekasih ana yaitu junjungan mulia Nabi Muhammmad s.a.w.




Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Ada satu surah dalam al-Quran yang terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan memberi syafaat kepada seseorang (pembacanya), sehinggalah dia diampunkan. Surah itu adalah surah Tabarak al-Lazi.” (Hadith riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban dalam sahihnya)
Keterangan
       Tentang surah Tabarak al-Lazi juga ada satu riwayat yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Hatiku menghendaki supaya surah ini berada dalam setiap hati orang yang beriman.” Mengikut satu hadith lagi, seseorang yang membaca surah Tabarak al-Lazi dan ‘Alif Lam Mim Sajadah antara solah maghrib dan ‘isyak adalah seumpama seseorang yang beribadat sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang membaca kedua-dua surah ini, tujuh puluh pahala akan dituliskan untuknya dan tujuh puluh dosa akan dijauhkan daripadanya. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, dituliskan untuknya pahala yang menyamai pahala ibadat pada malam Lailatul Qadar (Ini juga disebutkan dalam kitab Mazahirul-Haq.)
       Imam Tirmizi rah. meriwayatkan daripada Hazrat ‘Abdullah bin ‘Abbas r.anhuma, “Sekumpulan sahabat r.a telah mendirikan khemah di suatu tempat tanpa mengetahui bahawa di situ terdapat sebuah kubur. Tiba-tiba mereka yang mendirikan khemah itu mendengar seseorang sedang membaca surah Tabarak al-Lazi. Mereka datang dan menceritakan peristiwa itu kepada Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w menerangkan bahawa surah ini akan menjaga pembaca daripada azab Allah s.w.t dan menjamin keselamatan (najat).” Hazrat Jabir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w tidak akan pergi tidur sebelum membaca surah Alif Lam Mim Sajadah dan Tabarak al-Lazi.
       Hazrat Khalid bin Ma’adan r.a berkata bahawa satu riwayat telah sampai kepadanya yang mengatakan bahawa ada seorang pendosa besar yang selalu membaca surah al-Sajadah. Dia tidak pernah membaca surah lain. Surah itu telah mengembangkan sayapnya ke atas orang itu dan memohon kepada Allah s.w.t, “Wahai Tuhanku, orang ini kerap kali membaca daku.” Syafaat daripada surah ini diterima oleh Allah s.w.t maka kerana itu diperintahkan supaya setiap dosanya digantikan dengan pahala.” Hazrat Khalid bin Ma’adan r.a juga telah meriwayatkan bahawa, “Surah ini akan merayu bagi pihak pembacanya dalam kubur dan berkata, “Ya Allah, jika aku ini berada dalam kitabMu maka terimalah syafaatku, jika tidak, hapuskanlah sahaja daku daripada kitabMu.” Surah ini akan muncul dalam bentuk seekor burung, mengembangkan sayapnya ke atas mayat itu dan melindungi mayat itu daripada seksaan kubur. Hazrat Khalid bin Ma’adan r.a juga berkata bahawa semua kelebihan di atas adalah juga untuk surah Tabarak al-Lazi.
       Hazrat Khalid bin Ma’adan r.a sendiri tidak akan pergi tidur sehinggalah beliau selesai membaca dua surah ini. Hazrat Ta’us  rah. berkata, “Kedua-dua surah ini mendatangkan enam puluh ganjaran yang melebihi setiap surah lain dalam al-Quran.”
       Seksaan dalam kubur bukanlah suatu perkara yang ringan. Setelah meninggal dunia, kubur ialah perhentian pertama yang seseorang itu mesti lalui. Apabila Hazrat ‘Uthman r.a berdiri di atas sebuah kubur, beliau akan menangis dengan hebatnya sehingga janggut beliau dibasahi air mata. Seseorang telah bertanya, “Tuan tidak menangis begitu rupa jika disebut tentang syurga atau neraka sebagaimana tuan menangis ketika berada di kubur. Beliau menjawab, “Saya telah mendengar daripada Rasulullah s.a.w bahawa kuburlah tempat persinggahan pertama untuk menuju ke akhirat. Sesiapa terselamat dariapda azab kubur, peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Sementara sesiapa yang tidak selamat daripada azab kubur, ujian-ujian yang akan datang lebih sukar lagi. Saya juga mendengar bahawa tidak ada satu keadaan pun yang lebih menggerunkan daripada keadaan yang ada dalam kubur.” (Jam’ul-Fawaid)


Abul Sufi,

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; (Al-Mulk 67:1)

Cara Betul Bacaan Fatihah


Mari Ulangkaji Bacaan Fatihah Kita


Friday, 22 June 2012

Kaedah Mengetahui Dimana Awal Juzuk Al-Quran


Bismillah

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama dan guru-guru serta sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya.

Alhamdullillah, satu lagi post dari ana iaitu kaedah mengetahui awal juzuk Al-Quran berada di muka surat berapa dalam mushaf resm uthmany. Berikut ana kongsikan kaedahnya (Mudahnya Al-Quran):



Contoh 1Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442

Abul Sufi,

A001
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? (Ash-Syar-h 94:1)

Nasihat Dari Syaikh Wahid Abdussalam Bali Untuk Menghafal Al-Quran


Kaedah Menghafal Al-Quran


Bismillah

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama dan guru-guru serta sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya.

Alhamdullillah, kali ini ana cuba post kan satu artikel dari laman http://cpintrass.com/blog/panduan/tips-menghafal-quran/.html sebagai nota untuk ana yang mudah lupa dan hanyut ini. Semoga Allah melindungi ana dan anda semua dari segala kejahatan dan bisikan syaitan yang direjam serta tipudaya dan bala tenteranya.

  • Mestilah dimulakan niat untuk menghafaz ayat-ayat al Quran itu kerana Allah.
  • Menggunakan naskhah al Quran yang sama setiap kali membaca, menghafaz, dan membuat rujukan (semakan bacaan). ini bertujuan mengelakkan kekeliruan tempat (kedudukan) ayat yang dihafaz. temoat ayat atau posisi memainkan peranan penting dan amat berpengaruh dalam memberi kesan kepada hafazan anda.
  • Gunakan naskhah al Quran mushaf Uthmani kerana kedudukan, sruktur, dan susunan ayat nya di atur dalam bentuk yang mudah untuk dihafaz, dirujuk, dan di ingati.
  • Ayat atau surah yang hendak di hafal hendaklah di lancarkan bacaanya terlebih dahulu. pastikan tajwidnya dengan betul. sebagai contoh hendak hafal surah ali-imran. mulakan dari muka surat yang pertama surah tersebut. lancarkan muka surat yang pertama itu dahulu.
  • Bacaan hendaklah diulang-ulang sehingga betul-betul lancar. pastikan tidak mula menghafaz ayat sebelum bacaan betul-betul lancar kerana ini akan menjadikan anda mudah lupa semula ayat tersebut dan mungkin juga mengakibatkan hafalan anada bercelaru.
  • Mulakan hafalan dari ayat ke ayat. pastikan hafazan mengikut langkah. hafaz dahulu ayat yang pertama sehingga hafaz (baca ayat pertama berulang-ulang kali sebagai satu cara menghafaz yang baik), barulah berpindah ke ayat yang kedua. kemudian hafaz ayat ke kedua , ulang balik dari ayat yang pertama. kemudian baru masuk ayat yang seterusnya.
  • Pastikan ada kawan atau ustaz yang dipercayai ilmu tajwidnya dan baik bacaannya untuk anda tasmi’ (memperdengarkan atau semak) bacaan dan hafazan anda.
  • Amalkan membaca ayat-ayat yang telah anda hafaz dalam solat-solat yang anda lakukan. banyakkan solat sunat sebagai satu cara yang baik bagi melatih bacaan ayat-ayat yang telah dihafaz. ini bertujuan membiasakan ayat-ayat yang telah di hafaz ke dalam amalan harian anda.
  • Amalkan membaca ayat-ayat Quran yang telah anda hafaz di mana-mana sahaja sebagai zikir atau nyanyian hati atau mulut. contohnya, ketika menunggang motorsikal, ketika termenung, ketika hendak tidur, dan lain-lain yang di fikirkan baik. hal ini akan menambahkan lagi keupayaan anda untuk anda mengingati ayat-ayat hafazan tersebut.
  • Amalkan memakan manisan seperti kurma atau madu bagi tujuan menguatkan daya ingatan.
  • Jauhi amalan maksiat. jaga bicara lidah, jaga kewajipan dan adab sebagai muslim.
  • Tanamkan semangat yang kuat untuk menghafaz bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. cuba hafaz sebanyak mungkin. InsyaALLAH sehingga hafiz. walaupun memakan masa yang lama.
  • Banyakkan memohon doa kepada ALLAH supaya di permudahkan hati dan minda untuk menerima al Quran.
  • Pilih waktu yang sesuai untuk menghafaz. sebagai contoh, waktu selepas solat fardhu. utamakn SEBELUM WAKTU SUBUH atau SELEPAS SUBUH kerana waktu ini tenang dan damai. pastikan waktu yang anda gunakan untuk menghafaz adalah istiqamah.
  • Tidak perlu menghafaz secara terburu-buru. biar sedikit-sedikit, asalkan istiqamah dan berkesan.

SEBELUM MENGHAFAL
1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal
4. Berada dalam keadaan tenang
5. Tenangkan pikiran sebelum menghafal
6. Pilih sebuah jenis mushaf dan jangan ubah dengan jenis mushaf lain
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mulai menghafal

TEKNIK-TEKNIK MENGHAFAL
A. Teknik “Chunking” (potongan-potongan)
* Mengelompokan ayat yang panjang dalam beberapa bagian yang memang sesuai mengikuti arahan guru atawa ustadz, jika belajar bersama mereka
* Mengelompokan awal surat pada beberapa bagian (2 atau 3 bagian) yang sesuai
* Mengelompokan surat dalam beberapa bagian, contohnya mengikut pertukaran cerita
* Mengelompokan juz kepada beberapa bagian mengikut surah, hizib, rubu’, cerita dan sebagainya
* Mengelompokan kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya
B. Teknik Mengulang
* Membaca sepotong atau sebagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mulai menghafalnya
* Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih)
* sebelum berpindah ke ayat seterusnya
* Selepas menghafal setiap setengah halaman, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bagian yang setengah halaman lagi
* Sebelum menghafal bagian Al-Qur’an seterusnya, harus diulang bagian yang sebelumnya.
C. Teknik Menghafal Dengan Teman
* Pilih seorang teman yang sama-sama berminat
* Orang pertama membaca dan disimak oleh orang kedua
* Orang kedua membaca dan disimak oleh orang pertarna
* Saling menyebut ayat antara satu sama lain
E. Teknik Mendengar Kaset/CD
* Pilih seorang qari yang baik bagi seluruh Alquran atau beberapa qari bagi surah-surah tertentu
* Sebelum mulai menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali
* Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari tersebut sehingga terpahat di pikiran
* Mulai menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari tersebut
* Sentiasa mendengar kaset/CD bacaan Alquran dan kurangi atau tinggalkan mendengerkan lagu-lagu kerana akan mengganggu penghafalan
F. Teknik Merekam
* Rekam bacaan kita di dalam kaset dan dengarkan lagi untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul
* Bagi kanak-kanak, rekam bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut
* Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rekaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya
G. Teknik Menulis
* Tulis kembali surat yang telah dihafal. Kemudian cek lagi dengan mushaf.
* Menulis setiap ayat pertama awal surat, atau setiap rubu’, atau setiap juz, atau setiap surah dalam sehelai kertas.
MEMELIHARA HAFALAN
1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika dalam perjalanan, selepas azan dan lain-lain lagi
3. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya
4. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam
5. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk
6. Menulis setiap ayat yang mutasyabih




Abul Sufi,

A017
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? (Al-Qamar 54:17)

Istighfar lah Banyak-Banyak


Bismillah

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama dan guru-guru serta sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya.

Alhamdullillah, setelah selesai ana dan rakan-rakan yang lain berhempas pulas menghadapi peperiksaan akhir semester, maka dapatlah kami menarik nafas lega kerana dapat berehat seketika sebelum memasuki semester baru bulan hadapan.


Dalam post kali ini ana cuba untuk menarik perhatian diri ana dan pembaca sekelian tentang dhoifnya kita dalam melaksanakan tanggungjawap untuk minta ampun pada Allah.


Mungkin kita akan nyatakan "Saya sudah ber istighfar setiap kali lepas solat". Baiklah, ana ingin bertanya supaya kita tersedar dari mimpi / tipudaya syaitan tersebut. Bolehkah kita menjawap secara pasti soalan dibawah supaya tidak termasuk dalam golongan yang yang dianggap lalai?


Fahamkah kita akan makna kalimah yang kita ucapkan itu?
Berapa kali kah lafas kalimah tersebut kita ucapkan?
Sedalam manakah kita menghayati kalimah yang kita ucapkan itu?
Seikhlas manakah perasaan kita apabila mengucapkannya?
Apakah perasaan / natijah  / kesan daripada ucapan tersebut?


Oleh itu terdapat banyak persoalan yang dikaitkan dengan persoalan istighfar.
Pada pandangan ana, satu ucapan yang memenuhi kehendak semua persoalan diatas lebih bermakna daripada banyak ucapan dalam keadaan lalai. Namun demikian, seperti yang ana nyatakan sebelum ini, sebagai insan yang lemah dan dhoif, kita tidak dapat lari dari melakukan  kesalahan setiap hari. Jika kekasih kita yang maksum baginda Rasullullah s.a.w. beristighfar lebih daripada 70 kali setiap hari, bagaimana pula kita yang banyak berdosa? Adakah kita berasa terlalu ego untuk beristighfar lebih daripada apa yang baginda lakukan atau sekurang-kurangnya sebanyak yang baginda amalan dalam usaha menjalani sunnah kehidupan baginda rasullullah s.a.w.


Dari itu sebagai peringatan ana post kan kalimah Istighfar Utama beserta maknanya sekali supaya kita sama-sama dapat menghayatinya. Diharap ianya dapat membantu menjawap semua persoalan di atas dan akhirnya bertepatan dengan kehendak baginda seperti dalam hadith riwayat Al-Bukhari (Jilid 7, No 150) Baginda sendiri berjanji bahawa barangsiapa yang membacanya dengan penuh penghayatan, maka dijamin syurga oleh baginda.


Ana amat yakin akan janji ini kerana ianya datang dari lisan Kekasih ana yang amat ana sayangi dan rindui iaitu banginda Muhammad Rasullullah s.a.w. Anda bagaimana?




Abul Sufi,


A017
(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. (A-li'Imraan 3:17)

Friday, 8 June 2012

Kitab Asbabun Nuzul



Bismillah

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama dan guru-guru serta sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya.



Kebelakangan ini ana amat sibuk dengan beberapa pekara. Ini termasuk urusan ana dan rakan-rakan yang akan menghadapi peperiksaan semester pada hari esok, lusa dan minggu hadapan. Oleh itu peluang untuk kemaskini blog ini pun amat terhad. Diharap Allah memudahkan segala urusan dunia dan akhirat ana dalam memenuhi tuntutan sebagai khalifah di atas muka bumi ini.


Dalam post kali ini ana cuma sempat tunjukkan keratan akhbar dari Harian Metro keluaran 01/06/2012. Keratan ini menunjukkan sebuah kitab keluaran terbaru hasil tulisan ustaz ana iaitu Ustaz Datuk Dr. Zulkifli Mohd Yusoff. Buku ini juga baru ana miliki selepas pelancarannya di PWTC dan belum sempat untuk ana mengkajinya. Setakat ini, ana hanya sempat baca bab awal sebagai persediaan untuk peperiksaan pengajian teks Al-Quran nanti. Oleh itu, buat sementara waktu, para pembaca bolehlah melihat ulasan dari penulis ruangan ini.









Abul Sufi,



Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
(Ash-Syar-h 94:1) | <Embed> | English Translation
A002
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
(Ash-Syar-h 94:2) | <Embed> | English Translation
A003
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
(Ash-Syar-h 94:3) | <Embed> | English Translation
A004
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(Ash-Syar-h 94:4) | <Embed> | English Translation
A005
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Ash-Syar-h 94:5) | <Embed> | English Translation
A006
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(Ash-Syar-h 94:6) | <Embed> | English Translation
A007
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(Ash-Syar-h 94:7) | <Embed> | English Translation
A008
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
(Ash-Syar-h 94:8) | <Embed> | English Translation