Alhamdulillah, post ini adalah dari tugasan pendidikan akhlak dan pensyarah yang bertugas dalam kursus ini adalah USTAZ PAUZI BIN HAJI AWANG. Berikut merupakan petikan dari tugasan tersebut:
Masjid Dan Ummah
Masjid dilihat dari segi bahasa
adalah berasal dari kata dasar bahasa arab yang bermaksud sujud, patuh, taat
dengan rasa hormat dan kesedaran. Manakala dari sudut pengertian, masjid
bermaksud tempat sujud, tempat solat atau tempat ibadat umat islam.
Manakala pentarbiyahah berasal dari
perkataan arab “tarbiyah” yang bermaksud pendidikan. Merujuk buku “Manhaj
Tarbiyah Indal Ikhwanul Muslimin”, perkataan tarbiyah diterjemahkan sebagai
“cara ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung
melalui kata-kata mahupun secara tidak langsung dalam keteladanan, sesuai dengan
sistem dan peringkat khusus yang diyakini untuk memproses perubahan dalam diri
manusia menuju kondisi yang lebih baik”.
Ummah atau umat pula telah didefinisi sebagai masyarakat atau umat manusia. Dalam
Al-Quran, perkataan ummah ini banyak digunakan dimana ianya digunakan sebagai merujuk
kepada semua makhluk termasuk jin, malaikat, manusia dan makhluk-makhluk lain
di semua zaman; namun dalam tugasan dan perbincangan ini, ianya akan merujuk
kepada masyarakat atau umat manusia.
Institusi masjid mempunyai peranan
yang sangat besar dalam memperkasa agenda pentarbiyahan ummah. Tika
kegemilangan Islam di bawah pentadbiran Rasulullah s.a.w, masjid menjadi pusat
pentadbiran yang utama. Malah, masjid pada ketika itu juga turut menjadi tempat
tahanan tawanan perang, tempat penyimpanan senjata-senjata peperangan dan
sebagainya. Sungguh diluar hemat kita rasanya untuk menjadikan masjid sebagai
markas ketenteraan pada masa kini. Sudah pasti akan dipandang hairan dan pelik.
Kenapa hal sebegini berlaku? Ini kerana mentaliti umat Islam pada masa kini
telah terjajah oleh pemikiran sekular sama ada dalam keadaan sedar ataupun
tidak sehingga ramai dalam kalangan umat Islam sendiri pada masa kini hanya
memandang masjid sebagai sebuah institusi peribadatan semata-mata. Jauh sekali
sebagai sebuah institusi yang sepatutnya menjadi salah satu medan penting untuk
didekati atau sebagai pelengkap dalam menjalani kehidupan seharian. Kenapa
dikatakan pelengkap? Cuba kita renung kembali bagaimana Rasulullah telah mampu
menjadikan masjid sebagai “One Stop Centre” bagi umat Islam di zaman baginda
sehingga mampu menjadi salah satu lambang kesatuan ummah pada tika itu dan
bagaimana Rasulullah s.a.w mampu menjadikan masjid sebagai medan pentarbiyahan
ummah yang paling ampuh sehingga mampu membuatkan seantero dunia tidak lagi
memandang enteng akan kemampuan dan kekuatan umat Islam. Hatta, setelah
berkurun lama sepeninggalan bagindapun, umat Islam masih lagi digeruni
terutamanya oleh para musuh Islam laknatullah. Buktinya, sehingga kini mereka
sanggup berhabisan wang ringgit, tenaga masa dan menggadaikan nyawa demi untuk
memikir dan merancang pelbagai agenda dan strategi untuk menghapuskan umat
Islam.
Andai pada zaman Rasulullah s.a.w
dahulu masjid mampu menjadi sebuah institusi pembangunan sumber manusia yang
produktif , tidak mustahil institusi masjid yang sedia ada pada masa kini juga
mampu untuk menjadi sebuah institusi pembangunan modul insan yang inovatif.
Namun, janganlah disempitkan peranan yang boleh dimainkan oleh sesebuah
institusi masjid tersebut kerana Rasulullah s.a.w semdiri telah memberikan
teladan kepada umatnya bagaiman dan sejauh mana sebenarnya peranan yang boleh
dimainkan oleh sesebuah institusi masjid.
Bukanlah bermakna untuk mengambil alih semua peranan institusi-institusi lain, tetapi disinilah sebenarnya kayu ukur kepada sejauh mana kita mampu untuk menguruskan sumber manusia yang kita ada untuk meneruskan gerak kerja menegakkan syiar Islam pada masa mendatang. Disinilah juga sebenarnya, tempat terbaik untuk mentarbiyah ‘produk’ muslim kerana masjid merupakan tempat yang dirahmati Allah, rumah Allah dan taman-taman syurga-Nya di dunia.
Firman Allah swt:
Bukanlah bermakna untuk mengambil alih semua peranan institusi-institusi lain, tetapi disinilah sebenarnya kayu ukur kepada sejauh mana kita mampu untuk menguruskan sumber manusia yang kita ada untuk meneruskan gerak kerja menegakkan syiar Islam pada masa mendatang. Disinilah juga sebenarnya, tempat terbaik untuk mentarbiyah ‘produk’ muslim kerana masjid merupakan tempat yang dirahmati Allah, rumah Allah dan taman-taman syurga-Nya di dunia.
Firman Allah swt:
“Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah
hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta (tetap)
melaksanakan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada apa pun) kecuali
kepada Allah. Maka mudah-mudahan mereka termasuk orang-orang yang mendapat
petunjuk.”
(Surah At-Taubah: Ayat 18)
No comments:
Post a Comment