Title Bar

Thursday, 1 May 2014

Tribute Kepada Sekelian Ustaz/Ustazah Ana


Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama dan guru-guru serta sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya.

Seperti yang ana telah maklumkan sebelum ini, alhamdulillah ana telah selesai pengajian dalam bidang usuluddin dan hanya menunggu tarikh untuk konvokesyen. Oleh itu entri ana kali ini adalah tribute kepada sekelian Ustaz dan Ustazah ana. Kepada Ustaz/Ustazah sekelian, ampunkan segala dosa, salah dan silap sepanjang pengajian ana. Halalkan segala ilmu yang diberi dan doakan ana untuk dapat mengamalkan segala ilmu tersebut. Hanya Allah jua yang dapat membalas segala jasa Ustaz/Ustazah sekelian.




Abul Muhammad,

Ujian Kehidupan


Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama dan guru-guru serta sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya.

Sebenarnya agak berat untuk ana mencatatkan peristiwa sedih ana dalam blog ini. Namun setelah sekian lama berfikir, ana catatkan ia supaya menjadi kenangan dan peringatan kepada diri ana.

1 - Awal tahun 2013, menerima berita gembira atas kehamilan isteri ana.

2 - March 2013, isteri ana mengalami keguguran namun masih ada sinar harapan kerana kandungan isteri ana disahkan kembar. Oleh itu doktor minta kami menjaga kandungan yang masih hidup.
3 - July 2013, mendapat berita sedih apabila anak dalam kandungan disahkan meninggal dunia.
4 - 1/8/2013, setelah menjalani beberapa kaedah untuk mengeluarkan mayat anak kami namun tidak berjaya akhirnya mayat dapat dikeluarkan melalui cara pembedahan.
5 - Pagi jumaat 2/8/2014, mayat anak kami telah sempurna dikebumikan.

Semoga takdir ini menjadi syafaat buat kami sekeluarga dalam menempuh alam akhirat nanti. Insyallah.





Abul Muhammad,
"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati"

Thursday, 3 April 2014

IUD 605 - PRAKTIKAL IBADAH


IUD 604 - BAHASA ARAB 6


IUD 603 - AKIDAH


IUD 602 - PENDIDIKAN AKHLAK


IUD 601 - KAEDAH PENULISAN


IUD 505 - KEMAHIRAN MEMBACA AL-QURAN


IUD 504 - BAHASA ARAB 5


IUD 503 - KEMAHIRAN BERPIDATO


IUD 502 - PEMBANGUNAN INSAN


IUD 501 - FIQH AL-SUNNAH 2


IUD 404 - BAHASA ARAB 4


IUD 403 - INSTITUSI PEMERINTAHAN DALAM ISLAM


IUD 402 - PENDIDIKAN KELUARGA


IUD 401 - FIQH AL-SUNNAH 1


IUD 304 - BAHASA ARAB 3


IUD 303 - PENGAJIAN TEKS AL-HADITH


IUD 302 - PENGAJIAN TEKS AL-QURAN


IUD 301 - HADITH MAWDU'I


IUD 204 - BAHASA ARAB 2


IUD 203 - TAFSIR MAWDU'I


IUD 202 - ALIRAN PEMIKIRAN MODEN


IUD 201 - IKTHIBAR SEJARAH RASUL


IUD 104 - BAHASA ARAB 1


IUD 103 - MUSTALAH HADITH


IUD 102 - USUL TAFSIR


IUD 101-Iman Dan Kehidupan

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama, guru-guru, mukminin dan mukminat serta sekelian muslimin dan muslimat keseluruhannya.
Alhamdulillah, setelah 3 tahun berhempas pulas menghadap buku, bersengkang mata dan menghadiri kuliah, maka akhirnya tamatlah sudah pengajian ana di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Oleh itu entri ana seterusnya adalah merupakan "recap" tentang semua kursus yang telah ana ikuti dalam memenuhi program pengajian "Diploma Eksekutif Pengajian Usuluddin". Sebagai tribute kepada semua pensyarah ana, ana ingin memohon maaf, halalkan segala ilmu yang disampaikan dan doakan ana supaya dapat beramal serta memanafaatkan ilmu yang dicurahkan. Ana pula mendoakan kesihatan dan kejahteraan Ustaz/Ustazah sekelian semoga dapat terus menabur bakti demi bangsa, agama dan negara terutamanya untuk menaikkan syiar islam. Insyaallah.

IUD 101 - Iman Dan Kehidupan.

Wednesday, 19 February 2014

Akidah

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama, guru-guru, mukminin dan mukminat serta sekelian muslimin dan muslimat keseluruhannya.

Alhamdulillah, kali ini ana akan post mengenai kursus akidah. Pensyarah yang bertugas dalam kursus ini adalah DR. MOHD HAMIDI ISMAIL. Tugasan yang diberikan adalah dalam bentuk soalan dan berikut adalah petikan dari tugasan tersebut:



Pendidikan Akhlak

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama, guru-guru, mukminin dan mukminat serta sekelian muslimin dan muslimat keseluruhannya.


Alhamdulillah, post ini adalah dari tugasan pendidikan akhlak dan pensyarah yang bertugas dalam kursus ini adalah USTAZ PAUZI BIN HAJI AWANG. Berikut merupakan petikan dari tugasan tersebut:

Masjid Dan Ummah

Masjid dilihat dari segi bahasa adalah berasal dari kata dasar bahasa arab yang bermaksud sujud, patuh, taat dengan rasa hormat dan kesedaran. Manakala dari sudut pengertian, masjid bermaksud tempat sujud, tempat solat atau tempat ibadat umat islam.

Manakala pentarbiyahah berasal dari perkataan arab “tarbiyah” yang bermaksud pendidikan. Merujuk buku “Manhaj Tarbiyah Indal Ikhwanul Muslimin”, perkataan tarbiyah diterjemahkan sebagai “cara ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui kata-kata mahupun secara tidak langsung dalam keteladanan, sesuai dengan sistem dan peringkat khusus yang diyakini untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju kondisi yang lebih baik”.

Ummah atau umat pula telah didefinisi sebagai masyarakat atau umat manusia. Dalam Al-Quran, perkataan ummah ini banyak digunakan dimana ianya digunakan sebagai merujuk kepada semua makhluk termasuk jin, malaikat, manusia dan makhluk-makhluk lain di semua zaman; namun dalam tugasan dan perbincangan ini, ianya akan merujuk kepada masyarakat atau umat manusia. 

Institusi masjid mempunyai peranan yang sangat besar dalam memperkasa agenda pentarbiyahan ummah. Tika kegemilangan Islam di bawah pentadbiran Rasulullah s.a.w, masjid menjadi pusat pentadbiran yang utama. Malah, masjid pada ketika itu juga turut menjadi tempat tahanan tawanan perang, tempat penyimpanan senjata-senjata peperangan dan sebagainya. Sungguh diluar hemat kita rasanya untuk menjadikan masjid sebagai markas ketenteraan pada masa kini. Sudah pasti akan dipandang hairan dan pelik. Kenapa hal sebegini berlaku? Ini kerana mentaliti umat Islam pada masa kini telah terjajah oleh pemikiran sekular sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak sehingga ramai dalam kalangan umat Islam sendiri pada masa kini hanya memandang masjid sebagai sebuah institusi peribadatan semata-mata. Jauh sekali sebagai sebuah institusi yang sepatutnya menjadi salah satu medan penting untuk didekati atau sebagai pelengkap dalam menjalani kehidupan seharian. Kenapa dikatakan pelengkap? Cuba kita renung kembali bagaimana Rasulullah telah mampu menjadikan masjid sebagai “One Stop Centre” bagi umat Islam di zaman baginda sehingga mampu menjadi salah satu lambang kesatuan ummah pada tika itu dan bagaimana Rasulullah s.a.w mampu menjadikan masjid sebagai medan pentarbiyahan ummah yang paling ampuh sehingga mampu membuatkan seantero dunia tidak lagi memandang enteng akan kemampuan dan kekuatan umat Islam. Hatta, setelah berkurun lama sepeninggalan bagindapun, umat Islam masih lagi digeruni terutamanya oleh para musuh Islam laknatullah. Buktinya, sehingga kini mereka sanggup berhabisan wang ringgit, tenaga masa dan menggadaikan nyawa demi untuk memikir dan merancang pelbagai agenda dan strategi untuk menghapuskan umat Islam.

 KESIMPULAN

Andai pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu masjid mampu menjadi sebuah institusi pembangunan sumber manusia yang produktif , tidak mustahil institusi masjid yang sedia ada pada masa kini juga mampu untuk menjadi sebuah institusi pembangunan modul insan yang inovatif. Namun, janganlah disempitkan peranan yang boleh dimainkan oleh sesebuah institusi masjid tersebut kerana Rasulullah s.a.w semdiri telah memberikan teladan kepada umatnya bagaiman dan sejauh mana sebenarnya peranan yang boleh dimainkan oleh sesebuah institusi masjid.

Bukanlah bermakna untuk mengambil alih semua peranan institusi-institusi lain, tetapi disinilah sebenarnya kayu ukur kepada sejauh mana kita mampu untuk menguruskan sumber manusia yang kita ada untuk meneruskan gerak kerja menegakkan syiar Islam pada masa mendatang. Disinilah juga sebenarnya, tempat terbaik untuk mentarbiyah ‘produk’ muslim kerana masjid merupakan tempat yang dirahmati Allah, rumah Allah dan taman-taman syurga-Nya di dunia.

Firman Allah swt:

“Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta (tetap) melaksanakan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada apa pun) kecuali kepada Allah. Maka mudah-mudahan mereka termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk.”

(Surah At-Taubah: Ayat 18) 

Kaedah Penulisan

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama, guru-guru, mukminin dan mukminat serta sekelian muslimin dan muslimat keseluruhannya.


Alhamdulillah, kali ini ana akan post mengenai kursus yang ana ikuti semester lepas. Semester lepas merupakan semester teraknir ana dalam program ini jadi ana agak sibuk menguruskan beberapa perkara termasuk jadual tugas ditempat kerja yang semakin padat. Baiklah, pensyarah yang bertugas dalam kursus ini adalah DR. NORRAUDAH BT HAJI SIREN. Tugasan yang diberikan adalah peserta perlu menulis rencana, cerpen atau apa sahaja bentuk penulisan pendek. Oleh itu ana ingin kongsikan pengalaman ringkas ana pertama kali menunaikan umrah dan berkunjung ke tanah suci dalam tugasan kali ini




: