Alhamdulillah, Jika sebelum ini ana kongsikan pengalaman ana sebagai trainer, kali ini ana akan postkan pula pengalaman ana sebagai jurutera. Sememangnya telah menjadi impian ana untuk bertugas sebagai jurutera, oleh itu apabila diberi peluang untuk menjadi jurutera oleh sebuah syarikat antarabangsa, ana meninggalkan tugas sebagai trainer dan menerima tawaran untuk menjadi jurutera. Ana bersyukur kerana diberi rezeki oleh allah untuk melakukan sesuatu yang ana minati sejak dahulu lagi. Peluang yang ana terima ini, ana jadikan cabaran untuk berjaya dalam kehidupan didunia ini disamping peluang berdakwah secara peribadi. Maka tercapailah salah satu hasrat baginda s.a.w. yang mahukan umatnya berjaya didunia dan diakhirat. Sebagaimana terma yang diguna pakai oleh pendakwah zaman sekarang adalah seorang professional islam. Menjadi professional yang berjaya namun tidak lupa untuk menerapkan nilai-nilai agama dalam pekerjaan. Boleh berdakwah melalui peribadi seorang professional muslim yang berjaya. Insyaallah.
Syarikat yang melamar ana adalah Sodexo (M) S/B serta ber ibupejabat di Perancis. Ana bertugas dalam divisyen pengurusan fasiliti dan dalam masa yang sama menguruskan beberapa projek yang diperolehi oleh syarikat. Setakat ini ana telah terlibat dan menguruskan projek-projek berikut:
Projects Handle:
·
Google Malaysia
- Kitchen Fit out Project (Level 20, Quill 7, KL Sentral, KL)
·
Zurich Malaysia
- Building Management Project (KL, Klang, Penang, Ipoh, Seremban & JB)
·
Sodexo - In
House Calibration Project (Level 11, Amcorp Trade Center, PJ)
·
SKF Bearing
- Kitchen Fit out Project (Nilai 3, Nilai, NS)
·
BP Malaysia -
Building Management Project (Bangsar South & KL Sentral)
·
Pantai Medical Center - Kitchen Fit out Project (PMC, Jln Pantai Bharu,
Bangsar, KL)
·
Zurich CRE -
Tenant Management Project (40 sites around Malaysia)
No comments:
Post a Comment