Title Bar

Monday, 4 November 2013

Cara Mengenali Single Phase Dan Three Phase

Tips Mengenali Single Phase

Cara #1: Lihat meter

Terdapat hanya 2 wayar sahaja


Cara #2: Sila lihat Main Switch / Distribution Box (DB) anda



Tips Mengenali 3 Phase (3 fasa)

Anda boleh mengenali pendawaian 3 Phase dengan 3 cara. Mana-mana salah satu DB / Main Switch / Circuit Breaker di bawah ini mungkin terdapat pada premis anda.


    Cara #1: Lihat meter

Terdapat 4 wayar termasuk wayar berwarna merah, kuning dan biru



Cara #2:
  Zoom->  
Sekiranya 3 suis bercantum seperti gambar di atas, maka ia adalah 3 Phase.

Cara #3:
  Buka peti fius ->    

Sekiranya DB/ Circuit Breaker anda hanya ada 1 suis utama sahaja (biasanya ia berwarna merah) dan apabila anda membuka peti DB tersebut, didapati 3 warna iaitu merah, kuning, biru pada DB / Circuit Breaker anda, maka ia juga adalah 3 Phase.

Nota: Sumber "Jimatkaran.com"

Tuesday, 29 October 2013

Praktikal Kursus Sembelihan


Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama, guru-guru, mukminin dan mukminat serta sekelian muslimin dan muslimat keseluruhannya.
























Monday, 28 October 2013

Ujian Praktikal Ibadah


Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama, guru-guru, mukminin dan mukminat serta sekelian muslimin dan muslimat keseluruhannya. Diantara ujian praktikal yang ana lalui adalah: solat, solat jenazah dan ibadah korban & aqiqah.









Friday, 18 October 2013

Pengalaman Menjadi Jurutera


Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama, guru-guru, mukminin dan mukminat serta sekelian muslimin dan muslimat keseluruhannya.
Alhamdulillah, Jika sebelum ini ana kongsikan pengalaman ana sebagai trainer, kali ini ana akan postkan pula pengalaman ana sebagai jurutera. Sememangnya telah menjadi impian ana untuk bertugas sebagai jurutera, oleh itu apabila diberi peluang untuk menjadi jurutera oleh sebuah syarikat antarabangsa, ana meninggalkan tugas sebagai trainer dan menerima tawaran untuk menjadi jurutera. Ana bersyukur kerana diberi rezeki oleh allah untuk melakukan sesuatu yang ana minati sejak dahulu lagi. Peluang yang ana terima ini, ana jadikan cabaran untuk berjaya dalam kehidupan didunia ini disamping peluang berdakwah secara peribadi. Maka tercapailah salah satu hasrat baginda s.a.w. yang mahukan umatnya berjaya didunia dan diakhirat. Sebagaimana terma yang diguna pakai oleh pendakwah zaman sekarang adalah seorang professional islam. Menjadi professional yang berjaya namun tidak lupa untuk menerapkan nilai-nilai agama dalam pekerjaan. Boleh berdakwah melalui peribadi seorang professional muslim yang berjaya. Insyaallah.

Syarikat yang melamar ana adalah Sodexo (M) S/B serta ber ibupejabat di Perancis. Ana bertugas dalam divisyen pengurusan fasiliti dan dalam masa yang sama menguruskan beberapa projek yang diperolehi oleh syarikat. Setakat ini ana telah terlibat dan menguruskan projek-projek berikut:

Projects Handle:

·         Google Malaysia - Kitchen Fit out Project (Level 20, Quill 7, KL Sentral, KL)
·         Zurich Malaysia - Building Management Project (KL, Klang, Penang, Ipoh, Seremban & JB)
·         Sodexo - In House Calibration Project (Level 11, Amcorp Trade Center, PJ)
·         SKF Bearing - Kitchen Fit out Project (Nilai 3, Nilai, NS)
·         BP Malaysia - Building Management Project (Bangsar South & KL Sentral)
·         Pantai Medical Center - Kitchen Fit out Project (PMC, Jln Pantai Bharu, Bangsar, KL)
·         Zurich CRE - Tenant Management Project (40 sites around Malaysia)

Insyallah dalam post yang akan datang, ana akan cuba ceritakan lebih lanjut pengalaman ana dalam menguruskan projek-projek tersebut. Assalammualaikum.

Saturday, 21 September 2013

Membawa Pelajar GCAP Untuk Outdoor Acativity

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama, guru-guru, mukminin dan mukminat serta sekelian muslimin dan muslimat keseluruhannya.


Alhamdulillah, jika sebelum ini ana post pengalaman sebagai trainer, ini pula adalah pengalaman membawa pelajar GCAP untuk melakukan outdoor activity. Untuk batch sebelum ini pelajar dibawa ke Bukit Cerakah atau FRIM, kali ini mereka dibawa ke Sport Planet Shah Alam. Pancit juga ana nak bermain futsal. Hehehe...


Pengalaman Menjadi Trainer

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama, guru-guru, mukminin dan mukminat serta sekelian muslimin dan muslimat keseluruhannya.


Alhamdulillah, kali ini ana akan post mengenai pengalaman ana menjadi trainer atau pengendali kursus. Terima Kasih kepada Ms Ellice yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam mengendalikan kursus. Tempat ana bekerja adalah di MIT Academy (M) S/B iaitu sebuah sekolah vokasional swasta yang berdaftar dengan kerajaan untuk mengendalikan kursus vokasional untuk lepasan PMR dan SPM. Kursus yang ana kendalilkan pula adalah tajaan Jabatan Perdana Menteri melalui syarikat My Partner (M) S/B. Ianya bertujuan membantu siswazah lepasan universiti dan mereka yang tidak mempunyai pekerjaan untuk mendapat soft skill seterusnya membolehkan mereka mendapat tempat dalam dunia pekerjaan. Dipendekkan cerita, ana terlibat sebagai salah seorang tenaga pengajar dan gambar berikut adalah dari Batch 7 yang mengendalikan majlis graduasi mereka.