Title Bar

Tuesday, 15 May 2018

Rehlah Europe & Turki - 27/04/2018 - 11/05/2017

 

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama dan guru-guru serta sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya.

Alhamdulillah, pembukaan tahun 2018 ini ana merancang ke Europe dan seperti biasa musim bunga menjadi pilihan kerana seperti biasa zaujati peminat tegar bunga-bungaan (dan shopping lagi ler tu - Hehehehe).

Jikalau tahun lalu kenangan ke Jepun membakar semangat Sakura kami, kali ini bunga Tulip menjadi buruan pula. Posting seterusnya nanti adalah lebih kepada snap shot perjalanan kami agar pembaca dapat mengambil manafaat atas setiap maklumat dan perancangan yang ana kumpulkan. Semoga Allah memberkati kami, keluarga kami, saudara mara, sahabat dan sekelian umat islam dengan usaha kami yang sedikit ini. Aminn.

1. Destinasi : Europe (UK, France, Belgium, Netherlands, Germany, Italy & Switzerland) Dan Turki (Istanbul)

2. Perancangan : Senarai aktiviti






3. Penginapan : Apartment & Hotel



Kami suka menggunakan airbnb untuk lebih privacy,
klik link dibawah untuk dapatkan kupon promosi berharga RM 105/=: 
www.airbnb.com/c/osmana624

4. Pengangkutan : Majoriti menggunakan kereta yang disewa dengan memandu disekitar Europe, menaiki bas di London dan tram serta metro di Istanbul.




5. Impian : Tempat menarik sekitar London, Bruges world heritage town, Pesta Tulip di Keukenhof, Bangunan lama di Cologne-Gothic Cathedral, Porsche museum di Stuttguard, Winter Olimpik town di Innsbruck, Juliet house di Verona, Mount Titlis di Engelberg, Mount Blanc di Geneva, Eifel tower di Paris dan tempat menarik sekitar Istanbul.
















Abul Muhammad,

Hai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.” (al-Hujuraat: 13)